Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raya 2017: Kini, Anda Cuma Perlu ke PETRONAS Atau Guna Aplikasi Grab Untuk Menderma Kepada Kanak-Kanak, Berikut Caranya

12 Jun 2017

Pejam celik pejam celik, sudah dua minggu kita berpuasa dan tak lama lagi Aidilfitri akan tiba. Kedatangan Aidilfitri sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua tetapi yang paling teruja adalah golongan kanak-kanak.

Biasanya, kanak-kanak akan diceriakan dengan pelbagai barangan baru untuk hari raya. Tapi, itu untuk mereka yang berkemampuan. Perkara sebaliknya terjadi kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Mereka hanya boleh menelan air liur apabila melihat rakan-rakan lain bergembira dengan barangan baru.

Bagaimanapun, kita mampu memberi sedikit sumbagan untuk menggembirakan mereka dengan menderma menerusi program #DeliveringHappyness sempena Aidilfitri 2017 anjuran Grab dengan kerjasama PETRONAS.


"Yay, raya ni adik dapat buku baru!"



Menerusi program tersebut, orang ramai boleh menderma barangan terpakai (pre-loved) berbentuk buku, alatan menulis/melukis, beg sekolah atau barangan seumpama dengannya. Paling menarik, sumbangan itu boleh dibuat dengan hanya dengan menggunakan aplikasi Grab atau di stesen PETRONAS.

Mungkin ada juga yang bertanya mengapa tidak sumbangkan duit raya sahaja? Grab di laman webnya menulis: Kerana duit raya hanya bersifat sementara, tetapi ilmu bertahan selama-lamanya,

Sumbangan-sumbangan yang diterima menerusi #DeliveringHappyness akan diagihkan kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan di Klang Valley, Penang, Johor Bharu, Melaka, Seremban, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri.

Orang ramai boleh mula menyumbang bermula 12 Jun hingga 18 Jun dengan waktu operasi dari 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk menyenangkan orang ramai, kami ringkaskan empat langkah mudah untuk menderma menerusi #DeliveringHappyness pada Aidilfitri ini:


1 - Muat turun aplikasi Grab
Jika belum ada aplikasi Grab, muat turun aplikasi percuma itu di Play Store atau App Store dan daftar akaun anda. Untuk muat turun, boleh tekan pautan dibawah:

Get it on Google Play
2 - Kumpulkan 5 barang atau lebih

Kumpulkan lima atau lebih barangan-barangan alat tulis atau buku terpakai atau barang-barang yang seumpama dengannya yang ingin anda dermakan. Barangan-barangan baru juga dialu-alukan.

Untuk program #DeliveringHappyness ini, Grab menyasarkan untuk memberi bantuan kepada golongan kanak-kanak. Jadi, pastikan barang-barang itu sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan masih berada dalam keadaan elok.

3 - Tempah kereta di aplikasi Grab & mereka akan mengambilnya secara PERCUMA



Di aplikasi Grab, tekan pada ikon #DeliveringHappyness kemudian masukkan lokasi anda sebagai titik pengambilan (Pick-Up) dan penurunan (Drop-off).

Selepas itu, pilih credit/debit sebagai kaedah pembayaran dan sentuh pada butang BOOK. Tiada sebarang caj dikenakan dan pemandu Grab akan mengambil sumbangan anda itu secara percuma.

Dalam pada itu, anda juga mungkin berpeluang menerima voucher hadiah terhad dari Grab!

Rujuk animasi gif dibawah untuk tutorial visual:

4: Cara Alternatif: Hantar barang ke stesen PETRONAS terpilih.

Sekiranya anda tidak mempunyai telefon pintar tetapi masih ingin menyumbang dalam program ini, anda boleh menghantar sendiri barang-barang itu di stesen PETRONAS terpilih.

Pastikan anda membalut barang itu dengan rapi dan memasukkan mereka di kotak istimewa yang ditempatkan di sana.

Untuk mengetahui stesen PETRONAS mana yang terlibat, lihat di pautan ini: http://grb.to/2017dh.

Jom ramai-ramai menderma menerusi #DeliveringHappyness untuk Aidilfitri ini. Alang-alang tengah kemas-kemas rumah tu, carilah sekali barang yang ingin menderma. Sumbangan anda pasti akan membuat mereka tersenyum.

Untuk info lanjut tentang #DeliveringHappyness, layari http://grb.to/2017dh.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Hai...penggemar BOLA, info : 5ee80afe
    Komunitas Sepak Bola terbesar di Indonesia :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. dewalotto.com banyak permainan yang seru lho..
    silahkan di coba ya..

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  5. ion_qq game online poker terbaik pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "