Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Lancar Operasi Selepas Viral Video Kanak-Kanak 3 Tahun Pegang Paip Dadah

14 Jun 2017

Polis melancarkan siasatan selepas satu video viral yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah jenis syabu menerusi paip meth oleh teman lelaki bekas menantunya.

Nenek kepada kanak-kanak berkenaan (pengadu) yang berusia 53 tahun melihat video berkenaan pada jam 3 petang kelmarin selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video terbabit menunjukkan kanak-kanak itu diberikan oleh suspek dan dalam keadaan tidak berbaju, khayal serta tidak bermaya.

Polis kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, susulan laporan dibuat pengadu petang semalam.

"Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya. Pengadu bimbang mengenai keselamatan cucunya selepas melihat video berkenaan tular di Facebook.

"Anak pengadu bercerai dengan ibu mangsa pada 2016 selepas menantunya ditangkap bersama suspek.

"Ibu mangsa pernah bercinta dengan suspek sebelum berkahwin dengan anak pengadu," katanya.

Selain itu, polis juga sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan video terbabit dan polis sudah mengenalpasti suspek.

Dalam pada itu, Mior juga berkata pengadu tidak pasti sama ada kanak-kanak itu diberi dadah oleh suspek namun dia risau akan keselamatan cucunya itu dan mahu mengambil hak penjagaan dari ibu kanak-kanak terbabit.

"Kami telah lancarkan satu operasi untuk menangkap suspek dan selamatkan kanak-kanak itu," kata Mior.

Sumber: Harian MetroNST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  4. yang butuh dana dengan modal 15.000 add pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  5. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "