Popularitinya mungkin tidak sehebat Cristiano Ronaldo atau lionel messi sehingga dikenali semua orang, namun nama sudah pasti akan dikenali hampir semua peminat sukan bola sepak dunia.
Pemergian Cheick Tiote cukup dirasai oleh oleh semua peminat bola sepak, apatah lagi pengurus dan peminatnya terutama daripada pasukan Newcastle United selepas tujuh tahun beraksi dengan kelab liga Inggeris berkenaan sebelum berhijrah ke China.
Dia beraksi di kejohanan Piala Afrika untuk negaranya ketika mereka muncul juara pada 2015 tetapi disisihkan ketika aksi final akibat kecederaan yang membelenggunya.
Jaringannya ketika berjaya mengikat Arsenal seri 4-4 pada saat akhir satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan kepada penyokong Newcastle United, terbaru laman Facebook milik Newcastle United telah memuatnaik semula video berkenaan sebagai tanda memperingati jasanya itu.
Namun, apa yang lebih menyedihkan, sebelum pemergiaanya, arwah Tiote telah meninggalkan satu pesanan yang cukup bermakan kepada rakan-rakan dan peminatnya, rupanya tanda beliau akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya.
Tiote telah memuji seorang rakannya sebagai ‘orang besar’ sekarang.
Tiote: “Kau adalah orang besar, aku tahu,”
Rakan: “Insyaallah, tetapi kau yang paling besar kawan.”
Tiote: “Alhamdulillah kawan.”
Rakan: “Semoga Allah menjadikan kita lebih besar kawan.”
Perbualan berikutnya merupakan nasihat yang berguna kepada kita.
Rakan: “Semoga Allah menjadikan kita besar di syurga dan bukannya di dunia kawan.”
Tiote: “Insyaallah. Kerana dunia akan habis, tetapi syurga tak akan pernah habis.”
Selain itu, sekeping gambar yang dipercayai sebuah status di laman Facebook milik beliau turut memberi kesan kepada peminat di mana ianya seolah-olah tahu dia akan pergi untuk selama-lamanya.
Tiote dikenali sebagai seorang pemain bola sepak Muslim yang patuh pada ajaran agamanya. Beliau juga antara pemain yang berpuasa ketika bulan Ramadhan.
Pemergian beliau ini turut mendapat perhatian daripada pihak Masjid Newcastle apabila mereka telah memuatnaik sebuah status yang menyatakan Cheick merupakan seorang ahli aktif di Masjid Newcastle di mana beliau sering mengambil bahagian dalam acara-acara yang dianjurkan oleh pihak masjid.
"Disebalik nama besarnya, dia perupakan seorang lelaki yang cukup merendah diri dan lembut. Pemergiannya adalah pada bulan Ramadan, kami memohon dan berdoa semoga Allah menerima puasa dan semua kebaikan-Nya, ampunilah kelemahan beliau dan berikanlah kepadanya jannah dan kesabaran keluarganya," tulis laman Facebook milik masjid berkenaan.
Selain itu, bekas rakan sepasukan Tiote di Newcastle United iaitu Demba Ba memuatnaik satu luahan sedihnya di Twitter.
“Semoga Allah mengurniakan syurga buatmu Tiote.”
πππ may Allah gives grant you jannah brother Tiote πππ— Demba Ba (@dembabafoot) June 5, 2017
Bekas penyerang Newcastle United iaitu Papiss CissΓ© turut serta meluahkan kesedihannya.
“Selama malam temanku. Kau akan sentiasa dirindui.”
“Kesedihanku adalah untuk keluargamu. Kau pergi terlalu awal.”
Ternyata pemergian beliau bukan sahaja dirasai oleh peminat dan rakan-rakannya sahaja, tetapi oleh seluruh umat Islam yang mengenalinya, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.myGoodnight brother, You will be missed. My heart goes out to his family. Gone too soon #RIPcheiktiote— Papiss Demba Cisse (@CissePapiss) June 5, 2017