Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Treler Didakwa, Mengaku Tak Bersalah

15 Jun 2017



Jelebu - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di KM 25 Jalan Bahau-Kerator dekat Jempol pada Ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Kosmo! melaporkan, berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memandu treler secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan nyawa iaitu Wan Mohd. Fauzi Wan Mohd. Ibrahim,52; isterinya, Masnoraida M.Yusoff, 45, dan empat anak mereka, Wan Mohd. Muhaimin, 22; Wan Nur Athirah, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq, 13, dan Wan Nur Aleesya, 7.

Mangsa lain yang maut ialah pasangan suami isteri, Osman Mohamed Taip,31, dan Rosniza Othman, 32.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menawarkan wang jaminan RM15,000 terhadap Norzailan.

Bagaimanapun tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan dengan alasan hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri serta menjelaskan bayaran rumahnya.

Mohamad Redza membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

"Selain itu, lesen memandu digantung sehingga mahkamah membuat keputusan muktamat terhadap tuduhan," katanya.

Kes disebut semula di Mahkamah Majistret Bahau pada 21 Julai depan dan tertuduh membayar wang jaminan pada hari sama.

Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam

  4. butuh dana cuma bermodal 15.000 mari gabung di poker terpercaya hanya di ion_QQ,pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  5. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "