Foto: wikihow
Perkara sebegini kadang-kala berlaku mungkin sewaktu ingin menjamu selera, atau pun sewaktu menguap terlalu luas bukaan mulut, yang secara tidak langsung membuatkan rahang teralih.
Sekiranya perkara sebegini berlaku, sebaiknya dibawa ke hospital untuk mengalihkan keududkan rahang tersebut pada kedudukan asalnya.
Menerusi perkongsian dari laman The Dresser & Co. ini, terdapat penerangan akan rahang mulut teralih ini. Mari kita ikuti penjelasan dengan lebih lanjut.
Foto: healthtap
Kau dah kenapa, tadi beriya sangat nak makan burger. Siap order Triple Special Daging ni ha! Seboleh-bolehnya kau nganga luas-luas nak telan sekali semua burger tu.
"Tohong haku weih, tahleh huhup muhup" (Tolong aku weih, takleh tutup mulut)
Apa ke peliknya kau cakap ni?
Ni mesti kena jaw dislocate ni, sekejap ye bagi aku berbuka dulu. Tulah gelojoh sangat macam kau seorang je yang puasa. Yum yum. Aku makan jap, nanti lepas ni kita pegi hospital. Hihihi
"Hampai hahi kau, hakit ni heii"
(Sampai hati kau, sakit ni weii)
Dan ku biarkan Mahmud menangis sementara aku menikmati juadah berbuka. Hihihi. Itulah, bagi dia merasa nikmat di tarik sementara. Tadi berlagak sangat. Nah kau rasa.
Jaw dislocate adalah keadaan dimana salah satu atau kedua-dua TMJ yang menghubungkan rahang mulut bawah dengan tengkorak mengalami kecederaan. TMJ ni temporomandibular joint, bukan Tuanku Mahkota Johor tu tau.
TMJ ni adalah joint yang membentuk dan menghubungkan antara tengkorak dan rahang mulut manusia. TMJ ni boleh koyak, retak atau teralih daripada kedudukannya di tengkorak. Keadaan dimana rahang mulut teralih ini yang dinamakan sebagai jaw dislocation / rahang mulut teralih.
Rahang mulut yang patah, retak dan teralih ini boleh menyebabkan masalah pernafasan dan pemakanan. Macam yang Mahmud hadapi sekarang. Jadi kalau pesakit seperti Mahmud datang ke jabatan kecemasan, boleh la triage beliau ke green zone - fast track/trauma lane atau pun ke Yellow Zone.
Sebab bukan apa, kesakitan dan keadaan yang di alami pesakit seperti Mahmud ini perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera bagi mengurangkn komplikasi dan mempercepatkan proses penyembuhan. Jaw dislocation boleh berulang, lagi-lagi Mahmud yang suka makan double, triple burger tu.
Masuk ke Yellow Zone, Mahmud dibawa oleh Ribut, PPP triage ketika itu, sambil mulut di tutup dengan tuala. Puhh nampak lak misi comel kat dalam tu, main mata sket, mana tahu jodoh! Huhuhu
(PPP : Penolong Pegawai Perubatan)
Hah, kes apa pulak ni, Ribut?
Tanya Dr Mok, incas YZ ketika itu.
Jaw dislocation secondary to triple special burger boss, specially for you!
What the? Hah kau letak kat katil Y7 tu nanti aku setelkan. Simple je ni!
Masuk ke Yellow Zone, Mahmud dibawa oleh Ribut, PPP triage ketika itu, sambil mulut di tutup dengan tuala. Puhh nampak lak misi comel kat dalam tu, main mata sket, mana tahu jodoh! Huhuhu
(PPP : Penolong Pegawai Perubatan)
Hah, kes apa pulak ni, Ribut?
Tanya Dr Mok, incas YZ ketika itu.
Jaw dislocation secondary to triple special burger boss, specially for you!
What the? Hah kau letak kat katil Y7 tu nanti aku setelkan. Simple je ni!
Staff Nurse Bella, tolong check vital sign pastu bagi CRIB, set line dulu, in case kalau perlu sedation, thanks!
Dalam kes Mahmud, overbite atau terlebih menganga untuk makan. Kena pula Mahmud ni dulu pernah accident, trauma di kepala. Jadi itu mungkin salah satu faktor boleh berlakunya jaw dislocate ini. Trauma daripada kecederaan sukan, kemalangan jalanraya, di tempat kerja dan di rumah juga boleh menyebabkan jaw dislocation.
Senget. Itu yang senang di katakan tentang keadaan Mahmud ketika ini. Hilang handsome, macam muka orang kena stroke pun ada.
Jika dilihat lebih lanjut bagi kes dislocated jaw ini, kita boleh lihat susunan gigi pesakit adalah tidak selari. Selain dari tidak mampu menutup mulut, pesakit akan mengadu kesakitan dan kadangkala berlaku kebengkakan. Apabila mulut tidak dapat di tutup, air liur kadangkala meleleh dan juga akan mengalami kesukaran percakapan.
Tindakan
"Triple special burger ye? Sedap tak? Ni ubat tahan sakit saya beri dulu, sekejap lagi kamu pegi xray"
Kata Dr Mok, sambil menulis borang x-ray untuk Mahmud.
Pemeriksaan oleh pegawai perubatan / doktor untuk mendiagnos dislocated jaw penting, juga memastikan tiada kecederaan kekal atau serius yang berlaku.
Pengambilan sejarah, pemeriksaan fizikal dan assessment dari segi airway, breathing dan circulation adalah wajib.
(Airway : salur pernafasan, breathing : kadar dan cara pernafasan, circulation : sirkulasi darah)
Dr Mok meminta persetujuan daripada Mahmud untuk tujuan perawatan. Mana lah tahu, perlukan sedation untuk membetulkan semula jaw dislocate itu.
Untuk pre-hospital care atau rawatan di luar hospital, tiada rawatan spesifik di perlukan. Lebih kepada rawatan simptomatik. Samada pemberian ubat tahan sakit, mengurangkan pergerakan rahang pesakit atau sokongan bahagian terlibat itu sudah cukup sementara menunggu sampai ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Konsultasi pakar maxilofacial untuk rawatan susulan atau pembedahan perlu jika ada kepatahan atau bagi kes kronik. Bergantung pada jenis dan gred kepatahan serta bahagian yang terlibat, kebanyakan pesakit chronic mungkin pembedahan di dewan bedah.
"Lap sikit air liur tu Mahmud, meleleh tu"
"Ok panggil Ribut kat depan jap, panggil sekali Dex, jangan asyik berkepit dengan student misi je"
Ada beberapa method atau cara di cadangkan dan terbukti berhasil untuk merawat jaw dislocate ini.
Beberapa kes juga dilaporkan, dengan menggalakkan atau merangsang gag reflex pesakit juga membantu dalam membetulkan jaw dislocate (anterior) secara spontan.
"Meh sini aku ajar beberapa teknik untuk jaw dislocate pada korang wahai PPP yang hensem hensem belaka"
Pesakit akan di dudukkan, dan kita menghadap depan pesakit. Pakai glove. Kita perlu meletakkan ibu jari di bahagian inferior molar di kedua-dua bahagian, kiri dan kanan. (inferior molar : gigi geraham paling belakang). Jari yang lain di letakkan di angle dan badan mandible (bahagian bawah rahang mulut).
Kemudian tekanan sekata di berikan secara ke bawah dan ke belakang (downwards and backward). Ini membantu mengembalikan rahang mulut yg teralih ke posisi asal bagi rahang mulut yang teralih ke hadapan.
Oh ya, gunakan gauze di gigi geraham pesakit, keadaan fizikal gigi yang tajam adakalanya boleh menyebabkan trauma / luka pada ibu jari, selain selepas itu mungkin pesakit akan tergigit jari anda, selepas rahang kembali ke posisi normal.
2. Recumbent Approach (Posisi Baring Sisi Kanan / Kiri)
Pesakit akan di baringkan pada sisi kanan atau kiri, dan kita boleh berdiri di belakang kepala pesakit. Teknik masih lebih kurang sama seperti classic method, iaitu tekan di gigi geraham hujung, dan tekanan ke bawah dan ke belakang diberikan sekata sehingga rahang kembali ke posisi asal.
3. Wrist Pivot Method
Pesakit di dudukkan dan kita duduk di hadapan pesakit. Cara ini lain sikit berbanding classic reduction. Ibu jari di letakkan di dagu pesakit, manakala jari telunjuk di letakkan di inferior molar (bahagian gigi geraham) dan tiga jari lain di letakkan di bahagian zygomatic bone pesakit (tulang pipi).
Pesakit akan di baringkan pada sisi kanan atau kiri, dan kita boleh berdiri di belakang kepala pesakit. Teknik masih lebih kurang sama seperti classic method, iaitu tekan di gigi geraham hujung, dan tekanan ke bawah dan ke belakang diberikan sekata sehingga rahang kembali ke posisi asal.
Pesakit di dudukkan dan kita duduk di hadapan pesakit. Cara ini lain sikit berbanding classic reduction. Ibu jari di letakkan di dagu pesakit, manakala jari telunjuk di letakkan di inferior molar (bahagian gigi geraham) dan tiga jari lain di letakkan di bahagian zygomatic bone pesakit (tulang pipi).
Tekanan akan di kenakan ke bahagian hadapan / tengkorak pesakit. Teknik ni payah sikit, kerana memerlukan tenaga jari yang kuat dan cengkaman ibu jari di bahagian dagu pesakit yang efektif.
4. Ipsilateral Approach
Teknik ini terdiri daripada tiga cara, external, intraoral dan gabungan external dan intraoral.
a. Extraoral route
Teknik ini terdiri daripada tiga cara, external, intraoral dan gabungan external dan intraoral.
a. Extraoral route
Extraoral route di cuba dahulu dimana pesakit dalam keadaan duduk dan kita berada di hadapan pesakit. Kita akan menstabilkan kepala pesakit menggunakan tangan bukan dominan dan kemudian tangan dominan anda akan mengenakan tekanan pada condyle yang teralih.
Bahagian condyle ini boleh dirasai dengan palpasi pada bahagian hujung tulang zygomatic (hujung bahagian tulang pipi). Tekanan secara perlahan dan sekata, dan ini di laporkan telah berjaya dalam 55% kes acute anterior mandible dislocation.
b. Intraoral route
b. Intraoral route
Intraoral route, tekanan di lakukan dari bahagian dalam mulut iaitu di bahagian inferior molar (gigi geraham). Teknik ini dibuat dengan memberikan tekanan sekata secara perlahan sehingga rahang kembalin ke posisi asal.
c. Extraoral & intraoral
Jika kedua-dua teknik ini tidak berjaya, boleh gunakan kombinasi kedua-dua teknik iaitu teknik extraoral dan intraoral, di mana kedua-dua teknik di lakukan secara serentak kepada pesakit.
Harus di ingat, pemberian ubat tahan sakit, ubat rehat otot atau pun sedation (ubat tidur) perlu diberikan kepada pesakit bagi memudahkan teknik dan proses ini dilakukan. Pemberian suntikan local anaestesia atau ubat bius setempat pada space TMJ memerlukan persetujuan dan hanya boleh dilakukan oleh pakar maxillofacial.
Mahmud kembali hensem, setelah teknik-teknik mengembalikan rahang mulut ke posisi asal berjaya.
Ujar Dr Mok, rahang mulut yang berjaya di kembalikan ke posisi asal, tidak memerlukan rawatan susulan yang spesifik, cuma perlu diberi nasihat supaya berhati-hati, tidak menganga terlalu luas sehingga menyebabkan kejadian berulang.
Mahmud tidur lagi ni, kesan ubatan tadi. Selesai di balut kepala dengan serban. Ubatan tahan sakit juga diberikan, lepas sedar boleh la Mahmud balik.
No more burgers for u Mahmud !
Lepas ni aku makan burger sorang-sorang
Pengkongsian ilmu bersama. Harap bermanfaat.
Nak usha student misi jap,
- Zerg -
- Siakap Keli
Haii .... buat kamu yang suka BOLA, yuk mari gabung di F4nSBeTT1N9
BalasPadamKomunitas sepak bola terbesar, aman dan terpercaya di indonesia :)
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^