Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terpaksa Minta Bantuan Polis Selepas Kucing Hitam Bengis Ceroboh Masuk Rumahnya

5 Jun 2017


Singapura - Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan polis selepas seekor kucing hitam menceroboh masuk ke rumahnya dalam kejadian pada minggu lepas.

Harris Abu Bakar, 33, memuat naik foto bengis kucing terbabit di Facebook dalam kejadian yang berlaku di rumahnya pada 1 pagi itu.

Menurut Harris, dia telah cuba menghalau kucing itu selama dua jam namun gagal kerana haiwan terbabit terlampau 'agresif'.

Harris berkata, pada mulanya dia cuba memanggil majlis perbandaran, yang kemudian mengalihnya kepada Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

Bagaimanapun katanya, SPCA hanya mengambil kes menyelamatkan hidupan liar, jadi dia kembali semula kepada majlis perbandaran yang kemudiannya mengalihkan kes kepada polis.

Polis memberitahu Straits Times bahawa mereka menerima panggilan meminta bantuan pada 2.12 pagi dan pergi ke kawasan kejadian.

Straits Times berkata mereka difahamkan pihak polis telah membantu menangkap kucing itu dan mengeluarkannya dari unit tersebut.

Bagaimanapun, kucing itu terlepas dan lokasinya kini tidak diketahui.

Harris menulis di Facebook:

"Benar-benar tak tahu apa sihir yang membawa masuk kucing hitam ini! Pintu dan tingkap semua ditutup dan dikunci!

"Selama 2 jam, saya cuba menghalaunya keluar namun ia terlalu agresif, mengiau garang dan mencakar-cakar supaya saya jauh darinya.

"Akhirnya, terima kasih kepada pasukan Polis Singapura kerana berjaya menangkap 'penceroboh' itu namun kini ia sudah terlepas.

"Berhati-hati kerana 'penjenayah' ini masih terlepas.






Sumber: Straits Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Apsal x pggl bomba? Sengal gk negara bekas kesatuan tanah malayu ni. Ingat hebat sgt

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "