Foto: healthline
Memang tidak dapat dinafikan juga, ada yang memiliki berat badan berlebihan sihat tubuh badan. Namun begitu, bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, terdapat kesukaran yang tersediri dari segi rawatan untuk mereka.
Mungkin kita tidak sedar, tetapi menenerusi perkongsian dari Dr Hana Hadzrami ini, terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh doktor sama ada dari segi pemberian ubat bius, sehinggalah ke proses pemulihan.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto: framepool
Ada yang bertanya, apa kaitannya antara berat berlebihan dengan kesukaran membius?
Jawapannya ialah; berat badan melampau (obesiti) bukan saja menyebabkan kesukaran pembiusan, malah kesukaran pembedahan, pemulihan dan banyak lagi.
Semakin berat timbangan pesakit, semakin susah hati doktor bius. Bukan disebabkan kerja doktor semakin sukar, tetapi disebabkan nyawa anda lebih genting untuk kami pelihara sewaktu dibius.
1. Pemberian bius tidur
Pesakit obese lebih sukar untuk kami berikan bius tidur dengan selamat. Lazimnya pesakit apabila dibius akan berhenti bernafas. Jadi kawalan pernafasan akan diambil alih oleh doktor bius melalui tiub pernafasan yang disambung kepada mesin bantuan pernafasan.
Pesakit obese lazimnya mempunyai ruang mulut dan oropharynx yang sempit. Ramai juga mengalami obstructive sleep apnoea OSA (dengkuran yang menghalang pernafasan), menyebabkan paras oksigen tubuh turun dengan laju serta kegagalan jantung.
Kegagalan untuk memasukkan tiub pernafasan pada pesakit obese menyebabkan paras oksigen darah jatuh, jantung boleh terhenti dan akhirnya pesakit mati otak atau mati kekal.
2. Asid perut lebih banyak
2. Asid perut lebih banyak
Pesakit obese lazimnya mempunyai simpanan asid perut yang lebih banyak dari pesakit lain kerana saiz perut yang lebih besar. Sejurus apabila dibiuskan, asid perut boleh keluar dengan mudah lalu membakar paru-paru. Walaupun tiub pernafasan berjaya dimasukkan namun jika paru-paru terbakar teruk, maka tetap tak dapat memberikan oksigen dalam darah, menyebabkan kegagalan organ tubuh.
3. Kesukaran untuk mencari akses vena
Urat darah halus tersembunyi dibawah lapisan kulit yang tebal, menyukarkan doktor mencarinya. Kerap kami terpaksa menggunakan salur darah besar di leher atau di pangkal peha, mengesannya berpandukan ultrasound.
Kadangkala kami memerlukan 4 orang pembantu untuk menolak pelipat perut pesakit ke atas dan menekan pelipat peha ke bawah bagi mendapatkan ruang akses intravena di pangkal peha selama berjam-jam. Lenguh badan kami semua walaupun pembedahan belum lagi dimulakan.
Foto: dailymail
4. Meja bedah yang sempit
Meja bedah sememangnya sempit walaupun mampu menampung berat sehingga 300-400kg. Namun pesakit obese bukan saja berat, malah lebar. Selalunya memerlukan dua katil bedah yang disambung bersebelahan. Tak mudah sebenarnya nak dapatkan meja bedah ekstra di mana-mana dewan bedah.
5. Meletakkan anggota di posisi yng dikehendaki
5. Meletakkan anggota di posisi yng dikehendaki
Kelima, pembedahan boleh jadi sukar kerana pesakit obese selalunya sukar untuk diletakkan anggota badan diposisi yang dikehendaki. Kadangkala doktor bedah perlu menggunakan alatan luar biasa untuk mendapatkan akses ruang pembedahan disebabkan lemak yang tebal.
Pesakit obese juga lebih cenderung mendapat luka tekanan (pressure sore) berbanding pesakit biasa apabila terbaring lama di meja bedah.
6. Pemindahan pesakit
6. Pemindahan pesakit
Pemindahan pesakit obese ke tempat lain juga tak mudah. Mereka memerlukan troli khas yang mampu menampung lebar dan berat badan mereka. Pernah kami tak dapat pindahkan seorang pesakit ke bangunan ICU melalui ambulans kerana pesakit tak muat masuk ambulans.
Lalu terpaksa dicari alternatif lain iaitu lori angkut barang. Proses tersebut memakan masa yang lama dan akibatnya pesakit yang sememangnya tak stabil telah terhenti jantungnya sewaktu menunggu.
7. Proses penyembuhan
7. Proses penyembuhan
Proses penyembuhan pesakit obese mengambil masa yang lama. Pengaliran darah yang kurang bagus menyebabkan luka lambat sembuh. Jika terlantar tak bergerak atas katil, nanti kawasan belakang dan punggung pula dapat luka tekanan.
Pernah seorang pesakit kami sampai berkawah di punggung bersaiz kuali besar. Pembedahannya berjaya, namun dia meninggal dunia akhirnya selepas berbulan-bulan di ICU akibat luka tekanan dijangkiti kuman berulang-ulang.
Tak semua orang obese sama; ada yang sihat, ada yang berpenyakit. Bentuk obesiti juga memainkan peranan penting; ada yang besar dibawah, ada yang besar diatas. Mereka yang besar diatas lebih tinggi berisiko penyakit jantung dan metabolik. Faktor senaman juga memainkan peranan penting kepada kesihatan jantung; mereka yang obese tetapi aktif bersukan adalah lebih sihat berbanding orang biasa.
Berusahalah bertukar kepada gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan dengan bantuan coach kesihatan. Senaman dan jaga makan dahulu, berat turun secara perlahan tak mengapa. Boleh berjumpa pakar bariatrik juga untuk uruskan berat badan. Usah guna jalan singkat dengan mengambil ubat kurus, ia sangat berbahaya.
Doktor bukan berat hati membuat lebih kerja menguruskan anda pun. Yang kami tak sanggup ialah pesakit mendapat insiden buruk ataupun melayang nyawa sewaktu dirawat, dibius ataupun dibedah.
Jadi, bantulah kami menyelamatkan diri anda.
Hana Hadzrami
Doktor pun lemau juga jika lama tak bersenam
- Siakap Keli
Foto: cumc
Berusahalah bertukar kepada gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan dengan bantuan coach kesihatan. Senaman dan jaga makan dahulu, berat turun secara perlahan tak mengapa. Boleh berjumpa pakar bariatrik juga untuk uruskan berat badan. Usah guna jalan singkat dengan mengambil ubat kurus, ia sangat berbahaya.
Doktor bukan berat hati membuat lebih kerja menguruskan anda pun. Yang kami tak sanggup ialah pesakit mendapat insiden buruk ataupun melayang nyawa sewaktu dirawat, dibius ataupun dibedah.
Jadi, bantulah kami menyelamatkan diri anda.
Hana Hadzrami
Doktor pun lemau juga jika lama tak bersenam
- Siakap Keli