Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM

16 Jun 2017
5 ulasan
Foto: wisegeek

Dahulu kita sering mendengar akan gejala ini hanya berlaku di peringkat sekolah sahaja, lebih-lebih lagi jika di sekolah berasrama, namun tidak bermaksud sekolah harian adalah terkecuali.

Tapi, tidak lagi pada masa kini, yang mana gejala buli sudah mula menjadi tular, di mana berita mengenai Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnai, pelajar UPNM, dan baru-baru ini, kita pula dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi insan, iaitu saudara T. Nhaveen, di mana kedua-dua mereka menjadi mangsa buli.

Bagi ibu bapa pula, mungkin anak-anak tidak berani untuk memberitahu mereka menjadi mangsa buli, kerana diiugut oleh pembuli, tapi menerusi perkongsia oleh seorang pensyarah, yang juga Pakar Kriminologi, iaitu Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, telah kongsikan beberapa tanda yang boleh dilihat kepada anak yang dibuli.

Mari kita ikuti pekongsian darinya.

Foto: concepttodeficniction

KEHILANGAN DUA PERMATA NEGARA....

Baru tadi saya menerima berita bahawa saudara T. Nhaveen (mangsa buli) telah meninggal dunia di Hospital Pinang selepas mengalami kematian otak beberapa hari yang lepas. Saudara T.Nhaveen merupakan seorang remaja yang berumur 18 tahun dan telah dibuli dan dicedarakan oleh sekumpulan remaja.

Pada 22 Mei 2017 pula, seorang pelajar yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain (arwah) dari UPNM juga telah dibuli dan dicedarakan teruk oleh sekumpulan pelajar UPNM. Kedua-dua insiden ini memperilhalkan betapa teruknya insiden kes buli sedang berlaku di negara kita. Di sini, saya ingin membuat satu artikel ringkas tentang buli untuk pemahaman orang ramai.

a. Definisi

Buli adalah satu tingkah laku agresif yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas seorang atau sekumpulan individu (mangsa) dengan tujuan untuk mencedarakan mangsa itu sama ada fizikal atau emosi. Lazimnya, buli adalah satu tingkah laku yang dilakukan secara berulang (repetitive) untuk tempoh yang tertentu.

b. Jenis Buli

Ramai yang menganggap buli adalah berbentuk fizikal sahaja seperti memukul, menendang, menampar dsb. Sebenarya buli boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

i. Buli secara fizikal (Physical bullying)
ii. Buli secara verbal (Verbal bullying)
iii. Buli secara social (Social bullying)
iv. Buli siber (Cyberbullying)

Secara ringkasnya, contoh tingkah laku untuk setiap buli adalah seperti berikut:

Buli fizikal 

Memukul, menendang, menampar, mencubit atau mana-mana perbuatan yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal

Buli verbal 

Panggilan nama (name calling), komen-komen yang boleh menyakitkan mangsa, mengusik, mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa, memalukan mangsa secara lisan

Buli sosial 

Selalunya dilakukan di belakang mangsa (covert behaviour) seperti menyebarkan berita yang tidak betul tentang mangsa demi memalukan mangsa, mendiskriminasikan mangsa (tidak membenarkan untuk menyertai dalam permainan dsb)

Cyberbully 

Membuli seseorang individu atas talian seperti media sosial dan sebagainya.

Satu lagi bentuk buli adalah secara seksual. ia dikait rapat dengan gangguan seksual di mana pembuli membuli mangsa secara seksual seperti memegang alat sulit mangsa, meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian di hadapan orang lain, melakukan aksi lucah di hadapan mangsa dsb.

c. Mengapa orang membuli?

i. Individu yang suka membuli adalah individu yang mempunyai kurang keyakinan diri dan juga penghargaan kendiri. Sebenarnya mereka adalah individu yang lemah dan untuk mengatasi dirinya adalah seorang lemah, mereka akan mencari jalan alternatif untuk nampak lebih yakin dan buli adalah satu cara yang membuatkan mereka adalah individu yang kuat - penghargaan kendiri yang palsu

ii. Individu ini sering dikaitkan dengan masalah pengherotan kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapan bahawa mereka perlu mengkasari orang lain dan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka menganggap mereka adalah kuat dan orang lain tidak akan membuli mereka. 

Mereka sentiasa beranggapan bahawa 'kalau saya tidak membuli orang lain, orang lain akan membuli saya

iii. Individu-individu ini adalah mereka yang mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa. 

Mungkin cara mereka dibesarkan menjadi salah satu faktor mengapa mereka mempunyai tahap simpati dan empati yang rendah

iv. Mereka mempunyai tingkah laku anti-sosial. Anti sosial adalah satu tingkah laku di mana mereka suka membuat atau menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan norma termasuklah melanggar undang-undang. 

Individu yang beringkah laku anti-sosial mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan jenayah-jenayah ekstrim termasuklah pembunuhan

v.
Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully)

vi. Faktor kekeluargaan - lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini. 

Sebagai contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuklah memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahkan konsep ini apabila berada di luar rumah. Mereka akan 'membalas dendam' dan menganggap itu adalah satu norma untuk menghukum orang lain (mangsa)


d. Bagaimana buli ini bermula?

Buli bermula daripada perkara yang kecil seperti memanggil nama atau mengejek nama mangsa. Itu adalah petanda awal bahawa seorang kanak-kanak itu mula menunjukkan tingkah laku membuli.

TOLONG JANGAN PANDANG REMEH SEKIRANYA ANAK ANDA SUKA MENGEJEK NAMA KAWANNNYA! 

Mungkin ada di antara kita (ibubapa, guru dan rakan-rakan) menganggap itu adalah perkara biasa tetapi di situlah tingkah laku membuli bermula dan akan ke tahap yang lebih teruk termasuk buli fizikal sekiranya pembuli itu mempunyai tret-tret yang diutarakan tadi.

Kadangkala, tingkah laku buli ini juga bermula dari rumah. Kita sebagai orang dewasa sering melabel seseorang dengan kata-kata yang tidak betul. Sebagai contohnya, seorang ibu atau ayah boleh melabelkan kawannya sebagai gajah sekiranya mangsa itu bersaiz besar. 

Apabila seorang ayah menggunapakai label gajah di hadapan anaknya, secara tidak langsung ayah itu telah mengajar anaknya untuk menunjukkan tingkah laku membuli dan anak boleh menggunakan pendekatan yang sama di luar rumah.

e. Simptom-simptom anak kita jadi mangsa buli di sekolah

1. Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan kadangkala gembira)
2. Tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah (sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana beliau sering dibuli)
3. Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli)
4. Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu rehat)
5. Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul)
6. Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sangat rendah
7. Prestasi akademik merosot
8. Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja sekolah kawannya)
9. Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli secara seksual)
10. Mencederakan diri


f. Apa yang kita perlu buat untuk menangani isu buli?

1. Ibu bapa 

Pergi melawat anak anda di sekolah dan berjumpa dengan guru kelas secara berkala walaupun anak anda sedang belajar di Form 5. Sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat, anak anda akan berasa lebih yakin dan pembuli akan teragak-agak untuk membuli anak anda. 

Seterusnya, sila luangkan masa selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk tanya apa yang telah berlaku di sekolah sebaik sahaja anak balik dari rumah. Sekiranya anak anda teragak-agak, sila bawa anak anda ke luar dan bincang hati ke hati. 

Sila meyakinkan anak anda bahawa anda mampu membantu mereka dan jangan sesekali marah, menuduh atau menyalahkan anak anda sekiranya mereka dibuli. Sekiranya anda marah, mereka tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku pada mereka dengan anda

2. Guru 

Guru perlu memainkan peranan penting. Saya tahu ada guru yang 'compromise' dengan isu buli ini. Ada juga yang terikut-ikut dengan tingkah laku membuli kononnya dapat menjadikan individu itu lebih berani dan lebih maskulin. 

Jangan menganggap apabila seseorang atau sekumpulan individu membuli seorang pelajar yang bersifat lembut, ia adalah untuk menjadikan lelaki itu lebih berani dan sebagainya. Anda sebenarnya bersubahat!!! 

Satu lagi, sekiranya anda mendapat tahu ada pelajar membuli walaupun 'name calling', tolong ambil tindakan pantas. Sama juga sekiranya ada mangsa membuat laporan kepada anda, tolong ambil tindakan. Jangan menganggap itu adalah perkara biasa di sekolah lelaki dan sebagainya.

3. Rakan sekolah 

Kepada pelajar-pelajar di luar sana, anda adalah satu 'support team' yang boleh membanteras isu buli ini. Sekiranya anda nampak kawan atau pelajar sekolah anda dibuli oleh sekumpulan pelajar, minta buat laporan. 

Jangan berdiri sekeliling dan menonton aksi buli tersebut. Adakah anda akan terus senyap sekiranya adik anda menjadi mangsa buli? tolong ambil tindakan. Kalau anda semua bersatu, kita boleh melahirkan sekolah yang 'ZERO BULLY'.

4. Pihak sekolah 

Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah yang mengadakan kempen 'ZERO BULLY' di sekolah anda. Anda boleh menjemput pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala. 

Pastikan ceramah yang diberikan adalah efisien dan sampai kepada pelajar sekolah. Jangan buat ceramah setakat nak capai KPI tapi keberkesananya adalah ZERO.

Kepada semua yang sedang membaca artikel ini, marilah kita berganding bahu untuk membanteras isu buli ini. Buli ini boleh berlaku di mana-mana sahaja - sekolah, universiti, tempat kerja, rumah dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu bertindak segera. Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua-dua permata Mendiang T. Nhaveen dan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Saya dedicate artikel ini untuk kedua-dua permata

Al fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain
Rest in peace my dear brother T.Nhaveen

Sekian, terima kasih

Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin
Pakar Kriminologi, UKM

- Siakap Keli

BACA: Bila Mangsa Mula Menjadi Raksasa Akibat Dari Dendam Terdahulu, Hanya Berpegang Kepada ‘Api Dibalas Api, Air Dibalas Air’
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. HANYA #DEWA-LOTTO YANG DAPAT MERUBAH NASIB ANDA
    BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA.

    BalasPadam
  2. Babi btul la yg suka post kt bwh ni. X tau ke bulan posa ni? Ajak maksiat je keja ngko. Semoga ko mati nnti masa tgh wat maksiat

    BalasPadam
  3. yuk coba keberuntungan mu di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E, banyak permainan dan game seru loh disini :)

    BalasPadam
  4. Haloo yukk silahkan bermain bersama kami di kelinci99 dan dapatkan freechips nya setiap harinya dengan permainan Togel dan 9 Games yang bisa dimainkan dengan 1 userid saja lo silahkan..

    BalasPadam

  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "