Awas, Serangan Ransomware #NotPetya Pula Menyerang Selepas #WannaCry
Dikala umat Islam sibuk menyambut hari lebaran, timbul pula satu serangan ransomware baharu yang dikenali sebagai #NotPetya.
Sejak beberapa hari lepas, syarikat-syarikat di seluruh dunia melaporkan komputer-komputer mereka diserang oleh serangan tersebut.
Sama seperti #WannaCry, #NotPetya juga meminta wang tebusan bagi memulihkan kembali komputer yang telah dijangkiti. Kali ini, bayarannya adalah sebanyak $300 (RM 1,290) yang perlu dibayar menggunakan Bitcoin.
Menurut Ryan Kalember dari syarikat keselamatan Proofpoint, ransomware itu lebih bijak menyebarkan dirinya berbanding #WannaCry memandangkan ia berupaya mencuba beberapa pilihan untuk 'menakluki' sesebuah komputer.
Difahamkan juga, komputer-komputer yang dikemaskini dengan kemaskini terbaru dari Microsoft selamat dari serangan itu dan anda dinasihatkan untuk berbuat sedemikian jika belum.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai serangan itu di Malaysia.
MKN juga berkata beberapa sektor dan perkhidmatan; termasuk kerajaan; di Eropah lumpuh susulan serangan terbabit.
"Sehingga kini, pelbagai sektor dan perkhidmatan kritikal seperti sektor kerajaan, tenaga, pengangkutan, komunikasi, kesihatan, dan perbankan telah dijangkiti oleh serangan ini yang melibatkan 13 buah negara iaitu Ukrain, Rusia, Britain, Netherlands, Sepanyol, Perancis, Itali, Denmark, Poland, Norway, Amerika Syarikat, India dan Australia." tulisnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Malaysia juga berpotensi diserangan oleh ransomware itu dan kini dalam keadaan berjaga-jaga.
Sumber: TBG Security
mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
BalasPadamditunggu apalagi,ayo buruan daftar
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadam
BalasPadamYuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^
Sering dikecewain agen lain silahkan merapat bersama kami di AREATOTO nyaman aman dan terpercaya dan sudah senior silahkan..
BalasPadam