Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amalkan 4 Perkara Ini Dalam Kehidupan Berumah Tangga, Untuk Jadikan Benteng Kepada Masalah Perceraian

30 Jun 2017
2 ulasan
Foto: zawaj

Dalam melangkah kehidupan sebagai suami dan isteri, banyak dugaan yang harus ditempuh bersama, tidak kiralah dari pelbagai aspek, seperti kata-kata dari orang luar, perselisihan faham, atau pun sikap terlalu mementingkan diri.

Asam garam sebegini akan sering dilalui oleh mereka yang bergelar suami dan isteri, mereka seperti tidak boleh lari dari perkara sebegini, jadi harus ditempuhi jua dengan sabar dan doa yang banyak.

Begitulah yang harus dilakukan buat pasangan suami dan isteri, dalam membina benteng rumahtangga dari perceraian. Menerusi perkongsian dari Pn ‘Aishah Jauhara ini, terdapat empat perkara yang boleh dijadikan amalan suami isteri dalam kehidupan berpasangan.

Mari kita ikuti penulisan darinya.

Foto: tandapagar

Bila beraya rumah kenalan-kenalan ni, baru tahu kisah masing-masing. Biasanya tak dapat nak update dek masing-masing membawa haluan sendiri.

Rupanya ada perkahwinan yang dijangka panas hingga ke petang, namun apakan daya hujan di tengahari.

Perceraian yang berlaku dengan sebab yang pelbagai.

Ada EMPAT perkara yang saya lihat menjadi benteng kepada penceraian.

1. Komunikasi

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Bila terjadi perselisihan faham, perlunya saling memahami, toleransi & perbincangan face to face, one by one, supaya segalanya jelas tiada berselindung.

Dalam setiap rumahtangga, pasti ada ombak dan pasang surutnya. Selesaikanlah dengan cara berhikmah, bukan dengan emosi amarah.

2. Kepercayaan & kesetiaan

Setiap pasangan adakalanya akan diuji dengan keutuhan hati. Sering sahaja melihat orang lain lebih bagus dan hebat dari pasangan kita. Tapi perlu diingat, kita ini cukup baikkah sehingga membandingkan orang lain dengan kekasih halal sendiri.

Mengapa perlu berahsia antara suami dan isteri? Berterus-terang saja lah jika ada sesuatu yang terbuku di hati. Supaya sifat percaya dan setia dapat diterapkan sehingga ke Syurga.

Foto: musliminc

3. Bertanggungjawab

Jika suami faham tanggungjawabnya, isteri faham tanggungjawabnya, insyaAllah aman harmoni rumahtangga. Bila soal amanah diketepikan, itu yang berlaku porak peranda, saling menyalahkan, rasa terbeban, tiada kesepakatan.

Zaman sekarang, isteri yang lebih kuat bekerja, sibuk menyara keluarga malah untuk suami juga. Suami goyang kaki, kerja ala kadar, duit yang ada untuk keperluan diri sahaja, nafkah isteri tidak diberi.

Ada pula isteri yang curang dan mengambil kesempatan di atas kebaikan suami dan usaha kerja keras suami untuk memberi keperluan secukupnya untuk keluarga.

Segalanya bertitik tolak dengan point yang ke-empat.

4. Takutkan Tuhan

Ingatlah Allah dalam melakukan setiap perkara. Bila kita nak buat sesuatu, fikir dulu, Allah redha atau tidak.

Nikahlah kerana Allah. Bimbing keluarga mengenal Allah.

Jika dalam melayari bahtera rumahtangga, Allah diketepikan, Al-Quran dibelakangkan, bagaimana mahu kekalkan mahligai yang mahu dibina bertahun-tahun hingga ke hujung nyawa?

Tiada rumahtangga yang sempurna. Namun kita harus sentiasa cuba untuk berikan yang sesempurna dan sebaik mungkin.

Sebab itu perlunya menggali ilmu. Sentiasa.

Jika pernikahan diawali dengan harta, pangkat, dan rupa paras, ianya tidak akan kekal lama.

Nikahilah kerana agama. InsyaAllah dunia akhirat bahagia selamanya.

Berdoalah selalu agar Allah berikan ketenangan melihat wajah pasangan dan anak-anak kita.

Itulah kebahagiaan dan syurga perkahwinan yang sebenarnya.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo bermain bersama kami di ARENADOMINO anda menang kami senang silahkan daftar dan bermain ya 100% aman dan nyaman silahkan dibuktikan sendiri..

    BalasPadam
  2. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "