Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Sekiranya Membeli 'Rumah Busuk' Subsale/Lelong, Supaya Tidak Mengalami Kerugian

8 Jun 2017
One Comment

Membeli rumah memerlukan kos yang tinggi, sama ada di peringkat awal, sehinggalah bayaran bulanan, atau pengubahsuaian.

Sekiranya membeli rumah baharu, yang sudah lengkap, dan tidak memerlukan apa-apa kemasan lagi, ia pasti memudahkan kerja. Cumanya, rumah sebegini pula dilihat, mempunyai harga yang mahal, bergantung pada kawasan atau keluasan.

Mungkin ada yang membeli rumah lelong, atau ‘subsale’ yang mana rumah tersebut telah lama ditinggalkan, dan seperti tidak boleh diduduki langsung. Walaupun harganya murah dari harga pasaran, harus diingat juga, anda perlu keluarkan modal pula untuk membuat pengubahsuaian.

Menerusi perkongsian dari saudara Ir Ajak Abdul Razak yang mana merupakan seorang pembeli rumah-rumah ‘Busuk’ ini, dia telah kongsikan beberapa kesilapan pembeli yang harus dielakkan sebelum membeli rumah ‘busuk’ tersebut.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


7 KESILAPAN RUMAH BUSUK
Dalam keghairahan untuk memburu rumah busuk.

Cubalah korang elakkan dari melakukan antara 7 kesilapan ini:

1. Tidak lawat rumah busuk

Usaha untuk melawat rumah busuk tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Dengan membuat lawatan ke rumah busuk akan dapat tahu keadaan sebenar rumah itu

2. Tidak semak bil tertunggak

Jika mahu masuk membida rumah busuk yang dilelong. Usahalah untuk ambil tahu kos-kos bil yang tertunggak seperti:

- Cukai tanah
- Cukai pintu
- Bil elektrik
- Bil air
- Bil iwk
- Bil maintenance jika ada
Tapi jika membeli rumah busuk melalui subsale perlu pastikan owner telah membuat bayaran tersebut

3. Tidak buat carian persendirian

Usahalah untuk membuat carian persendirian di pejabat tanah. Pada carian itu akan dapat info yang sangat penting.

Semak ada kaveat ker tiada. Maklumat tentang hartanah tersebut contohnya freehold atau leasehold.
Tempoh pajakan. Digadai kepada bank mana

4. Tidak semak anggaran kos repair

Jangan main beli jer rumah busuk. Usahakan untuk ambil tahu anggaran kos repair rumah tersebut jika terlibat lah.

Kang tak pasal pasal tiada kemampuan kewangan untuk repair bagi sempurna rumah itu.

5. Tidak semak kaedah pembayaran

Cari jalan untuk ketahui kelayakan anda untuk buat loan rumah. 

Jangan jadik hal pulak yang kelayakan loan anda hanya layak sekitar RM100 ribu sedangkan harga rumah berharga RM150 ribu. Melainkan Anda mempunyai tunai yang cukup di tangan

6. Tidak semak nilai semasa rumah

Cari jalan untuk ambil tahu nilai semasa rumah busuk tersebut. Jangan jadik dah menang lelong atau dah sign S&P baru tahu yang nilai semasa rumah hanya RM70 ribu sedangkan harga dalam kontrak lelongan atau S&P tercatat RM100 ribu ... parah lah gitur weh

7. Tidak semak potensi rumah busuk itu

Main bedal jer, main beli jer rumah busuk melalui subsale, main masuk jer lelong nyer.
Tapi langsung tak semak potensi rumah busuk itu, tak ambil tahu anggaran potensi sewa bulanan rumah busuk di kawasan itu. Tidak langsung ambil tahu infra yang ada contoh kedai runcit, sekolah, public transport, masjid

Dengan berusaha untuk memastikan perkara di atas korang buat. Maka akan mengurangkan risiko untuk kita berada dalam kerugian untuk memiliki rumah busuk.

Jika boleh biarlah kita membeli hartanah rumah busuk dalam keadaan yang ada faktor yang positif. Betoikan. Abis baca SHARE kan yer

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "