Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

629 KG 'Ganja Terapung' Ditemui Berhampiran Pulau Cupu

4 Jun 2017

Langkawi, 4 Jun: Sebanyak 629 ketulan ganja mampat yang berniali RM1.8 juta berjaya dirampas oleh Anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas dadah itu ditemui terapung di laut berhampiran perairan Pulau Cupu semalam.

Menurut BH Online, dadah itu ditemui selepas dicampak oleh tiga lelaki yang dipercayai sindiket pengedar dadah antarabangsa.

Sindiket itu berbuat sedemikian selepas terkejut dengan kehadiran sekumpulan pemancing tempatan.

Selepas menerima maklumat, anggota APMM kemudian dikerahkan ke lokasi dan menemui dadah-dadah itu terapung kira-kira 6.5 batu nautika di barat daya, Pulau Cupu di sini.

Katanya, ketika ditemui pada jam 9.20 pagi, ketulan ganja mampat dengan anggaran berat sekilogram setiap satu itu, diikat berbentuk kotak dan dibalut kemas dengan plastik hitam.

"Terdahulu, tiga penjenayah yang menaiki sebuah bot nelayan kelas B tanpa nombor pendaftaran dilaporkan dilihat mencampak bungkusan plastik hitam ke laut selepas terserempak dengan kehadiran sekumpulan pemancing.

"Rampasan ganja ini adalah yang terbesar bagi APMM Wilayah Utara dalam tempoh dua tahun dan kita percaya ia cuba diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan secara haram di negara ini, " katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata, ganja yang ditemui itu dibawa ke Pangkalan APMM di Bukit Malut dan pihaknya sedang menyiasat motif sebenar penjenayah terbabit mencampakkan bungkusan ganja ke laut.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "