Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Cara Yang Boleh Dilakukan Dalam Mempunyai Simpanan Sebanyak RM30 Ribu Dalam Masa 3 Tahun

1 Jun 2017
One Comment
Foto: bankrate

Mempunyai simpanan yang banyak bukanlah mudah, ia memerlukan kita untuk tetap konsisten dalam masa yang panjang, sehingga bertahun lamanya.

Namun begitu, mempunyai simpanan adalah perlu, untuk memastikan ianya boleh digunakan dalam masa kecemasan. Jika tidak pun, boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, bayar deposit rumah, atau untuk kegunaan pendidikan.

Dalam mencapai jumalh simpanan yang banyak, sudah pasti kita perlu untuk ‘menabung’ setiap bulan juga, menerusi perkongsian dari saudari Syafieqah A’lya, terdapat empat cara simpanan yang boleh digunakan dalam mempunyai RM30 ribu, dalam masa 3 tahun.

Mari kita lihat bagaimana caranya.

Foto: thesimpledollar

Saya mahu ada simpanan sebanyak RM30K dalam masa 3 tahun :

1. ASB

Simpan konsisten RM755 sebulan dalam ASB buku biru

• Selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan 
• Purata dividen 6.75% setahun 
• Biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun

Hasilnya RM30,107 ✔️

2. Tabung haji

Simpan konsisten RM785 sebulan dalam Tabung Haji 

• Selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan 
• Purata dividen 4.25% setahun 
• Biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun

Hasilnya RM30,152 ✔️

3. Dalam bank

Simpan konsisten RM825 sebulan dalam bank 

• Selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan 
• Purata bonus 1% setahun 
• Biarkan bonus compounding/ beranak dalam akaun

Hasilnya RM30,160 ✔️

4. Labur dalam pembiayaan ASB/ASB Loan

Melabur dalam Pembiayaan ASB/ ASB Loan RM120K 

• Bayaran bulanan RM659 tanpa takaful 
• Selama tempoh 30 tahun dan di andaikan tahun ketiga anda batalkan Sijil ASB anda 
• Purata dividen 6.75% setahun 
• Profit bank 5.2% 
• Biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun

Hasilnya :
Dividen terkumpul : RM25,977
Baki prinsipal : RM5,400

Jumlah : RM31,377 ✔️

Anda punya jalan yang lebih baik? Lakukan lah. Sebelum kita berimpian nak beli rumah, nak travel over the sea, nak pergi buat umrah, nak kahwin atau nak beli kereta baru pasang turbo sekali pun segalanya bermula dengan SIMPANLAH

Tiada apa yang mustahil, jika kita mahu, kita pasti usaha sampai boleh in shaa Allah

Mak kata kalau dah suka jangan tunggu lama-lama, percepatkan lah, boleh timang cucu cepat katanya. Eh!

- Siakap Keli

BACA: Makan Gaji Bukan Alasan Untuk Tidak Punya Kewangan Yang Baik, Mula Rancang Satu Persatu, Ia Mungkin Boleh Membantu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "