Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

14 Jun 2017
4 ulasan

Bagi yang meminati makanan laut, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kepelbagaian masakan makanan laut, dari udang, ketam, kepah, mahu pun kerang, hidangan yang disajikan sudah pasti membuat diri terliur.

Mungkin ada di antara kita yang gemar menikmati kerang, yang dicolek bersama sos cili thai. Ia merupakan satu kepuasan dapat merasai hidangan tersebut.

Tapi, ada ketikanya keadaan kerang tidak begitu bersih, yang mana cengkerang masih ada kotoran yang melekat, dan membuatkan hilang selera.

Namun begitu, menerusi perkongsian dari saudari Shida Rahman, terdapat beberapa petua yang boleh kita gunakan, dalam membersihkan kulit kerang. Mari kita ikuti perkongsian darinya.

PETUA CARA MUDAH BERSIHKAN KULIT KERANG

Siapa suka makan kerang? Saya sangat-sangat suka makan kerang.

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan. Sebelum ni saya gaul-gaul ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnye, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus.
Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang.

Cara 1: Batang serai


Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Kalau ada serai la kan.

Cara 2: Pelepah pisang


Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3: Daun ubi


Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, bersih jugak.

Cara 4: Daun betik


Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5: Hampas kelapa


Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je untuk memasak.

Cara 6: Bawang putih


Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7: Air beras


Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8: Asam keping


Rendam asam keping pon boleh, dalam setengah jam gitu, putih bersih kerang.

Cara 9: Garam


Rendam kerang guna garam.

Cara 10: Serbuk kunyit


Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.
Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Korang guna cara mana satu ye? Sesiapa nak share post ni sila kan. Moga bermanfaat utk semua.

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. ion_qq game online poker terbaik pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "