Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Hujan Lebat, Abang Bomba Selamatkan 6 Pemotong Rumput Yang Terkandas Bersama Seekor Kucing

7 Mei 2017


Abang bomba memang terkenal sebagai penjawat awam yang memang banyak membantu dalam masalah seharian orang awam.

Terbaru, abang bomba berjaya menyelamatkan beberapa orang pemotong rumput yang terkandas di terowong.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh pengguna Facebook, Matdawi Kalew, yang memuat naik gambar yang diambilnya ke media sosial itu.

"Hala Bangi lalu SKVE tengok ada bomba buat kerja. Ingatkan ada kemalangan ke moto jatuh gaung ke. Sekali, diorang cakap pekerja SIERRA yangg kat SKVE tu (terkandas).

"Pada mulanya, diorang kerja potong rumput bersihkan longkang. Petang semalam hujan lebat selebat-lebatnya. Jadi diorang berteduh di bawah (jambatan) tu. Sekali kepala air dah datang, terus tak boleh naik," kata Matdawi



Tetapi, selain pekerja-pekerja terbabit, bomba turut menemui seekor kucing yang diselamatkan oleh pemotong-pemotong rumput berkenaan.

"Mereka selamat selepas bomba datang. Yang buat saya tersentuh hati, ada seorang (pekerja) tu dia selamatkan seekor kucing. Memang orang tengok kerja mereka kotor, tak macam orang lain. Tapi dalam hati mereka bersih dan ada perasaan penyayang." tulis Matdawi.

Tonton video kejadian di bawah.

 

Sumber: FB Matdawi Kalew
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "