Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gara-Gara Cuba 'Suluh' Tangki Minyak Guna Pemetik Api

3 Mei 2017
No Comment

JAMBYL - KAZAKHSTAN: Seorang lelaki telah memberi 'pengajaran' kepada orang awam kenapa pemetik api sangat dilarang digunakan di stesen minyak atau berhampiran dengan bahan mudah terbakar, lapor Metro UK.

Mana tidaknya, lelaki dewasa berkenaan telah melakukan tindakan yang tidak masuk akal apabila telah menggunakan pemetik api untuk melihat minyak yang diisinya samada ianya sudah penuh atau tidak.

Dalam sebuah video CCTV yang berlegar di media sosial, dia telah menyalakan pemetik api dan cuba 'menyuluh' tangki minyak yang sedang diisinya menyebabkan api telah menyambar minyak di dalam tangki tersebut.


Kerana 'kebijaksanaannya' itu, dua buah kereta orang lain yang berada bersebelahannya turut disambar api dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di bandar Taraz di Jambyl, Kazakhstan.

Bagaimanapun tindakan pantas pekerja stesen minyak tersebut telah berjaya memadam kebakaran berkenaan menggunakan pemadam api. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "