KOTA KINABALU - Sebuah keluarga di Jalan Kolam, Luyang disini mengalami detik cemas apabila salah seorang anak perempuan mereka dijadikan tebusan seorang penjenayah yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah.
Menurut Kosmo!, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7.45 malam tadi ketika keluarga terbabit sedan berehat di rumah.
Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek segera menghubungi pihak polis.
Menurutnya, sebaik sahaja pasukan polis tiba suspek yang panik bertindak mengambil mangsa sebagai tebusan.
"Mangsa telah diacukan senjata tajam dipercayai pisau pada bahagian leher," katanya di sini malam ini.
Sementara itu, di lokasi kejadian, laluan di sekitar perumahan itu ditutup dan pihak polis sedang melakukan rundingan bagi membebaskan mangsa tersebut.
Menurut The Star, pada 9.20 malam tadi, lelaki berkenaan boleh kelihatan terduduk di jalan, dengan pisau masih diletakkan di leher wanita berkenaan.
Tambah portal itu lagi, wanita berkenaan dilihat memegang objek seperti telefon bimbit ditangannya.
Sumber: Kosmo!Insiden tebusan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu. Rundingan sedang berjalan. Visual ihsan saksi di lokasi @501Awani pic.twitter.com/IdrKQyWGz8— Izwar AWANI (@izwarwahid) May 10, 2017