Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Teka-Teki Akhirnya Terjawab, FAM Umum Nama Bekas Jurulatih Portugal Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaysia

15 Mei 2017
One Comment

Akhirnya segala persoalan mengenai siapa ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysai terjawab selepas pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan yang baru.

Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada akan menggalas tugas pertamanya untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun.

Beliau yang digelar sebagai 'The Professor' oleh kerana kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, kedua-dua mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu FIFA Bawah 20 Piala Dunia pada tahun 1989 dan 1991.


Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.

Vingada, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di rantau Asia. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).

Selain itu, beliau mempunya pengalaman yang begitu luas di mana  pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut.



Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff') Liga Super India.

Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan memulakan kerjasama dengan para pemain. - Siakapkeli.my

Sumber: FAM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666

    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "