Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Tahan Bekas Pengerusi & Setiausaha Masjid Selepas Disyaki Terima Rasuah RM116,000

2 Mei 2017


Kuala Lumpur, 2 Mei: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik sebuah masjid di Melaka.

Kedua-dua yang ditahan adalah bekas pengerusi dan setiausaha masjid terbabit.

Menurut mStar Online, kedua-dua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu kira-kira jam 7 petang tadi.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Kata mStar lagi, tanah wakaf milik masjid itu disyakit dijual kepada seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang sah.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya direman pada Rabu untuk membantu siasatan kes tersebut.

mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "