Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Puteri Jepun Bakal Lucut Semua Gelaran Diraja Untuk Berkahwin Dengan 'Lelaki Pantai'

17 Mei 2017


Seorang puteri Jepun akan melucutkan semua gelaran dirajanya apabila berkahwin dengan seorang pekerja untuk pelancongan pantai yang ditemuinya di sebuah restoran.

Puteri Mako, cucu kepada emporer Jepun, akan berkahwin dengan kekasihnya, Kei Komuro, yang dikatakan boleh bermain ski, violin dan memasak.

Lelaki yang memenangi hati puteri itu merupakan bekas pelajar di International Christian University di Tokyo, universiti sama puteri Mako, 25, bergraduasi.

Sejurus sahaja mereka berkata 'saya setuju', Mako akan kehilangan statusnya sebagaimana yang tertakluk dalam tradisi Jepun.

Pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo, lebih kurang lima tahun lalu di sebuah parti untuk berbincang mengenai belajar di luar negara, dan semenjak dari itu, mereka kerap berjumpa.



Komuro telah bekerja sebagai 'putera pantai' untuk mempromosi pantai-pantai pelancongan Shonan di Kanagawa, lapor NHK.

Sebaik sahaja mereka berkahwin, Mako tidak lagi bergelar puteri tetapi orang awam.

Menurut NHK juga, Mako telah memperkenalkan Komuro kepada ibu bapanya, dan mereka bersetuju.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "