Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkara Paling Penting Ibu Bapa Harus Lakukan Untuk Ajak Anak-Anak Tentang Adab Ketika Makan

22 Mei 2017
No Comment

Dalam budaya timur, adab ketika makan adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh masyarakat kita, jadi ianya perlulah diterapkan sejak kanak-kanak lagi untuk mereka belajar dan menjadi tabiat apabila besar nanti.

Mungkin kelihatan agak susah untuk mengajar anak kecil, namun jika kita seharian mengajarnya ia akan menjadi satu kebiasaan bagi mereka kerana perlu diketahui kanak-kanak ini sebenarnya cepat belajar kerana perasaan ingin mencuba mereka.

Berikut adalah antara adab ketika makan yang anda boleh mula terapkan mengikut umur anak-anak anda:



Umur 3-5 tahun:
o Duduk diam di meja makan tanpa bergerak-gerak atau merayau-rayau ke tempat lain
o Makan hanya selepas semua ahli keluarga telah duduk di meja makan
o Kunyah makanan secara perlahan dengan mulut tertutup
o Minta makanan dengan sopan
o Tidak membuat komen negatif seperti "yuck!"


Umur 6-7 tahun:
o Cara-cara menggunakan kutleri seperti pisau dan chopsticks
o Ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana agar tidak membazir
o Ucapkan terima kasih kepada orang yang menyediakan makanan



Umur 8-10 tahun:
o Cara-cara untuk menjadi tuan rumah yang baik apabila ada tetamu yang makan bersama
o Tidak membawa telefon pintar atau alat elektronik ke meja makan
o Hidang dan hulurkan makanan dengan sopan sambil mengutamakan orang yang lebih tua, seperti ibu bapa serta datuk dan nenek
o Ringankan tulang untuk bantu mengemas meja setelah selesai makan


Berita gempar untuk ibu bapa! Baru-baru ini, Wyeth ® Nutrition telah melancarkan buku dari *Koleksi MISI ARIF untuk membantu anda memupuk perilaku baik dan menjadi hero untuk Si Manja!

Reka bentuk buku interaktif *MISI ARIF bukan sahaja menarik tetapi isi kandungannya sarat dengan nilai-nilai murni yang dapat memanfaatkan anak-anak anda.

Ingin dapatkan koleksi ini secara online? Boleh! Dapatkan *Koleksi MISI ARIF ini di 11street dan Lazada. Ada diskaun lagi tau!

Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan kesemua *Koleksi MISI ARIF dan ketahui lebih lanjut di laman web Wyeth ® Nutrition dan Facebook S-26® Progress®Malaysia

Nota : Kumpul kesemua koleksi *MISI Arif dengan setiap pembelian S-26® Progress® & S-26® Promise® hari ini!

Jika anda rasa apa yang dikongsikan ini bermanfaat, jangan lupa untuk tekan butang ‘Share’ dan sebarkan tips-tips ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga!

BACA: Setiap Tabiat Ibu Bapa Sebenarnya Akan Ditiru Oleh Anak, 6 Perkara Penting Yang Wajib Ibu Bapa Elakkan Di Depan Anak-anak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "