Kreatif dan menarik. Itu yang boleh disifatkan dengan apa yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab yang bernama Abu Talib bin Mohd Ali ini untuk membuatkan pelanggan perkhidmatan Grab yang disediakan oleh beliau sentiasa selesa ketika berada di dalam kereta.
Kenapa kreatif? Selain menumpangkan pelanggan, Abu Talib juga turut memberi penumpangnya pelbagai kelebihan lain, iaitu gula-gula percuma, air percuma dan khidmat pengecasan telefon percuma.
Khidmat istimewa pemandu Grab itu mula viral di media sosial dan dikongsi oleh laman Facebook Siakap Keli Press sebentar tadi.
"Hi, saya Abu Talib. Jika anda perlukan sesuatu, sila beritahu saya," tulis satu poster pengenalan yang ditampal di bahagian belakang tempat duduk hadapan.
Selain itu, penumpang yang mengambil foto Abu Talib turut mengambil gambar-gambar keistimewaan yang boleh dinikmati apabila menaiki Grab Abu Talib.
Wow |
Wowowow. |
Menurut foto yang dikongsikan, dapat dilihat Abu Talib beroperasi di sekitar Jalan Pahang. Mungkin beliau berasal dari sekitar itu.
Jadi, siapa yang bernasib baik dapat menumpang Grab dengan Abu Talib, pastikan anda memberi lima bintang kepada pemandu ini! Tidak lupa juga, Abu Talib juga turut menawarkan 'servis' menukar stesen radio percuma. Serius rasa macam dihargai kalau dapat naik Grab dengan Abu Talib.
Sumber: Siakap Keli Press