Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui Warna Najis Bayi Anda, Ia Boleh Gambarkan Tahap Kesihatan Mereka, Ibu Bapa Harus Sentiasa Peka Akan Hal Ini

3 Mei 2017
No Comment
Foto Besar: momjunction

Bila sudah menjadi ibu, sudah pasti banyak perkara baru yang akan dipelajari, dan ada ketikanya, sehingga ke tahap yang luar dari kebiasaan, yang mana risau akan keadaan bayi menyebabkan ibu menjadi lebih berhati-hati.

Ianya sudah menjadi salah satu rutin buat ibu-ibu di luar sana, dalam mencari ilmu baru, dan belajar akan perkara baru, lebih-lebih lagi jika pertama kali menerima cahaya mata.

Disebabkan anak kecil, tidak dapat memberitahu ibu bapa akan apa yang mereka rasai, kebanyakan dari bayi akan menangis jika sakit, atau cuba memberitahu ibu bapa akan apa yang mereka rasai.

Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh juga mengetahui tahap kesihatan anak, atau bayi menerusi warna, juga bentuk, atau keadaan najis bayi. Menerusi perkongsian dari, Dr Erna Nadia ini, terdapat banyak warna-warna najis bayi, dan ia sebenarnya melambangkan apa yang dimakan bayi, juga tahap kesihatan mereka.

Mari kita baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan perkara ini.

Foto: wikiHow

NAJIS BAYI

Dah jadi ibu-ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?

Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.


1. NEWBORN ( BARU LAHIR)

- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN

- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA

- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM

- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU

- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT

- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

Foto: jezebel

7. DARAH HITAM

- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR

- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS 

- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH

- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS

- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH

- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Foto: babycenter

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.

Terus bawa bayi anda berjumpa doktor jika anda rasa najis dia pelik dari biasa.

Jangan main google semata mata ok. Biar cakna, jangan kecewa dikemudian hari.

Anak kita, amanah kita.

- Siakap Keli

BACA: Doktor Ini Dedah Antara Bahan Kimia Yang Ada Dalam Produk Harian Tidak Boleh Digunakan Oleh Wanita Yang Sedang Hamil
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "