Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Hon Kereta di Surau Austin: 'Saya Minta Maaf, Tidak Berniat Jahat'

11 Mei 2017
Foto: Sinar Online


Johor, 11 Mei - Lelaki yang membunyikan hon ketika solat Jumaat di Surau Austin baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sinar Online melaporkan, Toh Chai Eun, 28, membuat permohonan itu kepada seluruh masyarakat Islam terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam kes itu.

Chai Eun hadir bersama abangnya, Toh Chai Chung, 30, dalam satu perjumpaan di Pejabat Agama Islam Johor yang disertai ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Agama, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

Permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said menyatakan harapan agar kes tersebut dapat diselesaikan dan tidak menyinggung semua pihak.

Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu," kata Chai Eun.

Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting

Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan,”katanya yang cedera di leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakkan dan percakapannya.

Chai Eun juga berharap agar kes itu tidak dipanjangkan lagi menjadi lebih besar atau disebar sehingga mencetus ketidaksenangan antara kaum.

Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini menjadi lebih besar dan maksud yang sampaikan iaitu keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia.

Diharap selepas kenyataan ini saya tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media untuk tujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya.

Sebelum ini, kes hon kereta itu menjadi viral terutamanya di media sosial apabila beberapa video kejadian dimuat naik oleh pengguna internet.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "