Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Gaduh Di Bangsar Jam 3 Pagi Tadi, Polis Tahan 21 Suspek Termasuk Wanita Dipercayai Terlibat

11 Mei 2017
No Comment

KUALA LUMPUR: Pihak polis dalam satu laporan telah menahan 17 lelaki dan empat wanita dipercayai telah terbabit dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.10 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki telah bergaduh di hadapan sebuah restoran sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, ketika sampai sebuah kereta peronda (MPV) hampir dilanggar kereta jenis PERODUA Axia dalam keadaan cerminnya pecah.

"Kereta itu dipandu secara melulu seorang daripada lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu. 

"Berikutan tindakan pemandu itu, pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan dan mengenai kiri hadapan kereta berkenaan. 

"Pada masa sama, sekumpulan anggota polis menahan beberapa kenderaan lain yang disyaki dinaiki individu yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya di sini, hari ini.


Walaupun sudah terkena tembakan, pemandu Axia tidak memberhentikan keretanya malah terus memecut ke arah sebuah bank di Jalan Telawi sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan dan menghilangkan diri.

"Selain Perodua Axia, polis turut menahan dan merampas sebuah PERODUA Myvi dan Toyota Vellfire. 

"Kita menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga Thailand, manakala pihak polis turu merampas tiga topi keledar, besi, pisau pemotong kertas, baton T, botol minuman keras dan jaket mempunyai kesan darah" katanya.

Pergaduhan itu turut menyebabkan seorang lelaki yang ditahan cedera di kaki, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 307 kanun yang sama atas kesalahan cubaan bunuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "