Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Ditembak Bapa & Abang Kerana Bercinta Dengan Lelaki Sekampung

13 Mei 2017


Seorang gadis bertarung nyawa di hospital selepas ditembak oleh bapa dan abangnya di bahagian muka dan dada kerana bercinta dengan lelaki sekampung.

Ruby, 18, dari kampung kecil di Sambhal, Uttar Pradesh di utara India, sudah berhubungan secara rahsia dengan Ibrahim, 24, selama tiga tahun.

Bagaimanapun, hubungan mereka terbongkar apabila adiknya terdengar perbualan mereka berdua di telefon sebelum memberitahu abang dan bapanya.

Tidak lama selepas itu, abang dan bapa Ruby terus mendekatinya sebelum mula memukul dan menembaknya di bahagian muka dan dada.

Jiran yang terdengar bunyi jeritan yang kuat cepat-cepat menghubungi polis yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Polis tiba lebih kurang jam 4 pagi waktu tempatan dan menemui Ruby ditinggal di luar rumahnya, dalam keadaan berdarah teruk.



Polis kemudian membawanya ke hospital kerajaan dan doktor berkata keadaannya sangat kritikal. Disebabkan kekurangan peralatan, Ruby dibawa ke hospital swasta di Moradabad, 40 km dari hospital itu.

Abang dan bapa Ruby ditahan di tempat kejadian.

Pegawai polis, Brahmapal Singh Baliyan dari balai polis Asmoli berkata Ruby memberitahu dia ditembak selepas bapa dan abangnya mengetahui tentang hubungannya.

"Dia juga memberitahu ibunya juga terlibat sama kerana menentang perkahwinan antara dia dan teman lelakinya.

"Dia kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta dengan perlindungan polis.

Dr. Jitender Singh, Pegawai Kecemasan di hospital daerah berkata: "Dia tiba dalam keadaan separa sedar dan berdarah teruk. Tekanan darahnya sangat rendah.

"Satu peluru boleh ditemui di bahagian kiri mukanya - sekitar 3cm dari telinga, dan satu peluru lagi di bahagian kanan dadanya. Memandangkan kami tidak mempunyai peralatan bedah yang sesuai, dia dibawa ke hospital swasta di Moradabad."



Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "