Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dipaksa Minum Racun: Polis Sahkan Ada Faktor Cinta Tidak Terbalas Selepas Rakan Baik Tampil Dedah Cerita Sebenar

5 Mei 2017
No Comment

NILAI: Pihak polis dalam satu kenyataan telah mengesahkan bahawa dalam kes kematian seorang remaja lelaki yang didakwa dipaksa minum racun 26 April lalu sebenarnya terdapat elemen cinta tidak berbalas, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, berdasarkan keterangan saksi yang merupakan rakan karib si mati telah menyatakan dia telah bertemu dengan remaja berkenaan pada hari kejadian jam 2 petang.

"Saksi yang seusia dengan si mati memberitahu si mati telah membawa sebuah botol kecil 500 ml yang mengandungi cecair berwarna biru yang mana diletakkan di dalam poket kanan seluar pendek si mati sendiri.

"Ketika itu mereka berdua berada dibelakang pasaraya Mydin Nilai sebelum pergi ke pondok belakang untuk berehat. Si mati kemudiannya memberitahu saksi yang dia mahu minum racun kerana cintanya terhadap seorang pelajar perempuan sama sekolah dengannya tidak berbalas.

"Saksi yang terkejut, tegah si mati daripada berbuat demikian tetapi enggan diterima oleh si mati," 

Mereka kemudiannya telah bergerak bersama dari pondok ke arah kebun yang jaraknya satu kilometer (km) ke dalam dan saksi sekali lagi menegahnya daripada minum racun.

"Kerana ketakutan saksi telah beredar dari kawasan itu dan meninggalkan si mati yang ketika itu meneruskan perjalanannya ke arah bukit," katanya.

Selepas itu, saksi kemudiannya memberitahu yang dia telah maklumkan mengenai tindak tanduk si mati kepada dua rakannya yang lain.

"Pada sebelah petang pula, saksi mendengar khabar berita mengenai si mati yang mengalami sakit perut dan muntah. Ketika itu saksi telah beranggapan si mati telah meminum racun."

"Kes berkenaan masih disiasat dibawah Seksyen 328 Kanun Keseksaan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "