BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun ini, Harap Dapat Bantu Rakyat Beli Persiapan Raya
KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 bakal menerima bayaran peringkat kedua bermula 5 Jun ini, lapor Bernama.
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Rabu, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.
"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Orang ramai juga boleh menghubungi talian tol bebas 1800-88-2716 atau emel kepada Br1m@treasury.gov.my untuk pertanyaaan.
Sumber: Bernama
HIDUPMU AKAN LEBIH BAHAGIA SETELAH BERGABUNG DI #DEWA-LOTTO
BalasPadamBURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA !