Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bot Peronda KD Perdana Bawa 9 Krew TLDM Hilang Diperairan Sedili

22 Mei 2017
No Comment

KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana dilaporkan telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas, lapor Bernama.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bot berkenaan yang diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah telah terputus hubungan ketika mereka sedang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.

"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "