Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bosan Tekanan Kerja Sebagai Seorang Kakitangan Bank, Lelaki Ini Tekad Jual Satay Tepi Jalan Di Kota Zurich, Jana Pendapatan Lumayan

9 Mei 2017
No Comment

Menjadi satu permandangan biasa di Hallwylstrasse, Zurich sebuah pekan silam yang penuh dengan sejarahnya tersediri, dipenuhi dengan gerai-gerai tepi jalan yang menyediakan pelbagai pilihan makanan.

Di dalam kesibukan pelbagai makanan jalanan disitu, terselit sebuah gerai milik seorang anak kelahiran Indonesia, berhadapan dengan restoran Asia Tisch, seorang jejaka yang membawa meja tolak dikerumuni orang ramai.

Kelihatan mejanya berkepul-kepul asap tetapi orang ramai tidak memperdulikannya malahan semakin ramai yang beratur menunggu untuk mendapatkan makanan istimewa mereka.

Seperti yang orang Zurich sedia maklum di dalam restoran Asia Tisch terdapat pelbagai makanan Indonesia seperti bakso, rendang dan soto ayam itu, tetapi digerai kecil ini yang menjadi tumpuan ramai rupa-rupanya adalah makanan kegemaran ramai iaitu satay Ayam.


Ia mendapat tumpuan ramai warga Zurich kerana ini adalah satu-satunya ''stall'' yang menjual satay ayam yang ada di dalam kota antara termahal di dunia itu.

Pemilik gerai berkenaan adalah Rio Vamory, seorang anak kelahiran Balingkah, Padang Panjang, Wilayah Sumatera Barat, Indonesia yang sebelum ini berkhidmat di sebuah bank di kota berkenaan.

Beliau yang dikatakan sudah bosan kerja sebagai seorang kakitangan bank yang penuh dengan tekanan akhirnya telah tekad untuk menjalankan perniagaan berkenaan di mana beliau telah menyewa ruang di hadapan restoran berkenaan.

Kisah hidup Rio kemudian mendapat perhatian daripada akhbar paling berprestij di Switzerland iaitu Neuer Zurcher Zeitung (NZZ), yang kemudian memberi satu halaman penuh menceritakan aksi Rio itu kerana dianggap unik dengan tajuk yang berbunyi "Little Big City of Switzerland".


Di Switzerland, siapa yang berani terjun dalam bisnes penyedian makanan, memang kena bekerja keras. Harga makanan di restoran Swiss yang sangat mahal, membuatkan persaingan untuk menyajikan kualiti terbaik, menjadi kewajiban.

Rio memang menyedari  kenyataan tersebut sebelum mencuba sate ayam dengan gerai bergerak atau disebut gerobak dalam bahasa Indonesia, dia sudah membuat eksperimen dengan ‘jual’ sataynya dari pintu ke pintu.

“Ianya memang amat istimewa, jadi kami tertarik menulisnya,“ kata salah seorang editor NZZ yang menyatakan selain kisah dia yang merupakan seorang pekerja bank menjadi tukang bakar satay di kota berkenaan.


Rio merupakan seorang pelajar yang cukup pandai dan bijak di bangaku persekolahan di mana dia telah 'lompat' kelas sebanyak empat kali dan prestasinya dalam bidang akademik membolehkannya membina dalam kerjaya perbankkan di negara berkenaan yang ramai sedia maklum gajinya cukup lumayan, namun Rio menjelaskan dia tidak gembira dengan kerja berkenaan.

Dia pun akhirnya memilih untuk meninggalkan karier perbankan yang cemerlang dan memilih menjadi tukang bakar satay ayam secara jalanan di Zurich di mana keputusan itu disokong oleh ibunya. - Siakapkeli.my

Sumber: Kompas
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "