Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bila Ayah Atau Emak Mula Adu Sakit Mata, Anak Kena Peka, Tahu Apa Puncanya & Dapatkan Rawatan Dengan Segera

14 Mei 2017
No Comment
Foto: choiceeyecare

Bila berkaitan dengan insan tersayang kita pasti akan memberikan sepenuh perhatian buat mereka, khususnya setelah mereka membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang.

Untuk itu, kita sebagai anak, jika ibu bapa mengadu sakit, seharusnya tidak ambil enteng akan hal itu.

Menerusi perkongsian dari seorang optometris, iaitu Cik Amira Nadia, terdapat beberapa tanda sakit mata yang mungkin ibu bapa adu kepada kita, dan seharusnya diberikan perhatian.

Mari kita ikuti perkongsian darinya

Foto: seniorsforseniors

Kita Tak Nak Mak Ayah Kita Buta...
Tapi kenapa kita abaikan dia...
Bila Dia Kata Mata Dah Tak X berapa nampak...
Apa yang kita patut tahu dan sedar

1) Rabun Tua ( Presbyopia) 

Dari boleh baca, mengaji makin lama makin tak nampak dan mereka start elak dari buat pelbagai kerja yang selama ni jadi hobi mereka.. Bila kita nampak macam ni itu tanda ada masalah penglihatan dekat dan perlu di bawa jumpa optometris. Mereka perlukan cermin mata membaca.


2) Mata rasa kelabu dan berasap 

Itu tanda dah mula ada selaput mata / katarak. Mula mula kecil lama-lama makin banyak dan akan tutup seluruh penglihatan. Dari nampak muka kita jelas sampai tak nampak langsung, dan kita fikir ala biasalaah penyakit orang orang tua. Mereka nak bergerak pun sampai kena papah. Dan kita mula anggap mereka beban.

Silap tu, katarak boleh di rawat dengan pembedahan. Kalau mereka enggan, beritahu pembedahan ni tak sakit pun sepuluh - dua puluh minit dah siap. Lagi awal lagi mudah kerja doktor. Risiko bila dah masak sangat pembedahan jadi sukar. Kalau tak buat langsung, boleh kena risiko Glaukoma sekunder iaitu penyakit yang boleh sebabkan saraf mata mati dan boleh jadi buta kekal.

Foto: allizhealth

3) Diabetik Retinopati

Kencing Manis Kronik memang akan menyebabkan pelbagai komplikasi bukan setakat buah pinggang rosak malah saraf mata pun rosak. Ini dipanggil Diabetik Retinopati. Jika terlalu kronik, ubat tak makan, makan manis semata pagi nescafe, siang nasi 2 3 pinggan, malam nasi lagi... Tup tup, pendarahan banyak dalam mata. 

Apa kita takut, parut dalam mata tu boleh sebabkan retina tertanggal dan buta kekal. So, sebagai anak awasilah dan jaga pemakanan ibu bapa kita. Jangan terus cari suplemen online la, ubat titis a###n laa, jumpa kami Optometris @ mana-mana doktor untuk pengesahan tahap penglihatan ibu bapa kita.

Sayang Ibu Bapa kita? Kena Sayang Semuanya Dan Sedar Ibu Bapa Kita ada hak dan masih mahu melihat kita dan anak cucu hingga ke hujung nyawa mereka.

Amira Nadia Raup
Optometris
#PerangMelawanMitos
#MedTweetMy

Pentingnya untuk kita sebagai anak, bertanya khabar mereka, atau jangan cepat mengeluh sekiranya disurah bacakan sesuatu, kerana mungkin mereka tidak nampak. Kita yang seharusnya pastikan kesihatan mereka sentiasa baik. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "