Mungkin ada sebahagian yang sukar untuk merungkai akan mesej tersirat dari filem/drama tersebut, lebih-lebih lagi jika kita melihatnya dari satu sudut semata-mata
Menerusi perkongsian dari saudari Izzah Solehah Tajari ini, apa yang dikongsikannya mengenai cerita ‘13 Reasons Why’ ini boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian masyarakat pada masa kini.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
13 Reasons Why.
Awalnya aku tak terfikir untuk nak ulas cerita ni sebab expectation aku orang mudah untuk dapat mesej yang nak disampaikan. Aku rasa cerita ni penting untuk semua orang tengok dan fahami sebab ianya sangat berkaitan dengan apa yang kita lakukan seharian.
Tapi sangkaan aku meleset. Ramai yang tak nampak 'real message' cerita ni ataupun proses penting cerita ni. Ramai yang fokus tentang bunuh diri itu tanpa memahami kenapa bunuh diri.
Cerita ni tentang kisah seorang perempuan yang bunuh diri akibat beberapa hal yang di alami seperti buli (fizikal dan emosi), gangguan seksual, keganasan seksual dan rogol.
Ada mesej lain juga dalam cerita ni yang harus difahami seperti mesej kekeluargaan dan persahabatan. But all in all sebenarnya apa yang penulis cuba sampaikan adalah berkaitan dengan SOCIAL-CONDITIONING.
Apa itu social-conditioning?
Sociological process of training individuals in a society to respond in a manner generally approved by the society in general and peer groups within society (maaf, tak tahu nak jelaskan dalam Malay sebab takut mesej tak sampai).
Hannah Baker(watak utama) yang telah merakamkan suaranya dalam 13 kaset yang menceritakan tentang orang-orang yang telah memberi sumbangan kepada kenapa dia mengambil keputusan untuk bunuh diri.
Walaupun agak tragik bila mengetahui akhirnya Hannah bunuh diri, tapi sebenarnya itu bukanlah poin utama dalam cerita. Poin utama cerita ini seprti yang aku tulis di atas – SOCIAL CONDITIONING.
Selain dari 13 watak penting dalam tape itu, ada watak-watak lain yang penting tetapi tidak berapa ditonjolkan seperti Tony, Mr.Porter, Ibu Justin, Ibu Bapa Clay dan Ibu Bapa Hannah.
Cerita ini menggambarkan tentang ‘budaya rogol’ yang di alami oleh masyarakat. Budaya rogol ni bukanlah exactly rogol tetapi sesuatu yang membina ke arah perbuatan rogol. Rogol adalah perbuatan yang paling teruk kerana ia adalah paksaan, menggambarkan kekuasaan dan bukan sesuatu yang consent.
Gangguan seksual (verbal atau fizikil), sexual assault, jokes on womens body -- ini yang kebanyakkan masyarakat kita masih tak faham.
Dalam 13 Reasons Why in turut menggambarkan situasi yang sama. Shows the painful impact on victim and all the ways people shrug their shoulders and say “boys will be boys”.
Pada permulaan Justin ambil gambar Hannah semasa ‘first date’ dan membiarkan Bryce sebarkan gambar itu adalah permulaan kepada pembunuhan karakter Hannah sebagai seorang perempuan. Walaupun latarbalakang cerita ini di Amerika yang kita sedia tahu kehidupan sosial anak mudanya begitu terbuka, tapi itupun masih ada isu-isu begini yang tidak difahami.
Disebabkan perbuatan Justin membiarkan Bryce sebarkan gambar Hannah itulah permulaan kepada pembulian besar emosi Hannah. Rakan-rakan sekolahnya menganggap Hannah sebagai ‘slut’ dan ‘easy women to get’.
Ini boleh dilihat dalam babak percubaan Zach dan Marcus yang cuba mendekati Hannah secara kasar. Dengan beranggapan women is easy to get when people start calling them as slut. Maruah Hannah cuba dirobek-robek pada ketika ini.
Juga perbuatan Bryce yang tiba-tiba memegang punggung Hannah semasa di kedai sedang membeli barang. Sekumpulan budak lelaki yang membuat lawak tentang bentuk tubuh Hannah sewaktu Hannah berjalan di ruang sekolah. Ini jelas satu bentuk keganasan seksual yang tidak dilihat oleh penonton!
Dan kemuncaknya bila Bryce rogol Jessica dan semua orang cuba untuk justify perkara itu. Kemudian Bryce rogol Hannah. Walaupun semua orang tahu perkara ni, tapi cuba untuk menafikan. Sebab Bryce ada reputasi dan selalu tolong kawan-kawan.
Ini adalah babak yang penting untuk kita lihat betapa ‘RAPE CULTURE’ ini dianggap sesuatu yang biasa oleh masyarakat.
2) Kesan Psikologi (Psychological Effect)
Antara perkara penting untuk memahami isu keganasan seksual adalah part kesan psikologi. Ini penting tapi sering diabaikan. Sebab benda ni hanya mangsa saja yang boleh rasai.
Even if you try to put your highest empathy, just remember this – YOU ARE NOT THE VICTIM. Untuk kebanyakkan mangsa, ada unsettle feelings yang di alami. Ini yang disebut sebagai Post-Trauma Stress Disorder (PTSD).
Kesan dari apa yang dilakukan oleh Justin, Bryce, Zach dan Marcus (watak yang diceritakan dalam tape), Hannah mengalami PTSD. Ada babak yang menggambarkan betapa Hannah struggle untuk lawan benda tu. Babak bila Clay cuba buat seks yang awalnya Hannah memberikan consent tapi kemudian Hannah menolak kerana pada ketika itu dia sedang mengalami PTSD.
Dengan merasakan lelaki mendekatinya just for fun. Ini juga yang dikritik oleh penonton, pada mereka Hannah kejam kerana perlakukan sebegitu pada Clay tanpa memahami PTSD yang dilalui Hannah.
Aku sendiri boleh kaitkan perasaan ni masa kena gangguan seksual dalam KTM. Ada thought yang tak settle. Rasa kalau jumpa lelaki tu rasa nak bunuh. Dan mula melihat lelaki semua perangai sama.
Sebab satu benda yang kita kena tahu, kebanyakkan kes keganasan seksual ni adalah ‘purposely’ dan bukannya ‘suddenly’.
Baik ia dirancang dengan teliti atau memang ada manusia yang berfikiran perempuan ni tidak mempunyai nilai langsung maka mereka boleh sesuka hati buat apa saja sebab at the end of the day mereka tahu masyarakat akan back-up mereka.
Kejadian sebegini menyebabkan wujudnya PTSD dalam diri setiap mangsa. Mereka akan trauma dan fobia.
Yang ini memang berlaku je pada mana-mana masyarakat. Victim-blaming ni selalu ada. Semua salahkan Hannah kenapa bunuh diri, attention seeker, she deserved what she get etc.
Jessica kena rape sebab dia mabuk. Hannah kena rape sebab kenapa dia tak lawan masa dalam kolam berdua dengan Bryce sedangkan dia tahu Bryce pernah rape Jessica. Dan orang salahkan Hannah kenapa tak lawan Bryce, kena tak kuat etc. Ada layers of issues yang masyarakat kena faham.
Satu, pada kebanyakkan kes ketika kejadian memang mangsa akan totally mental breakdown, tak tahu nak buat apa, berserah dan sebagainya. Tak mudah untuk katakan kenapa tak jerit, kenapa tak lari, kenapa tak lawan.
Pernah rasa tak mental breakdown? You suddenly like can't do anything. Ini apa yang dilalui Hannah. Sebab itu dalam tape tu Hannah sebut 'Bryce totally broke my soul'.
Dua, dengan merasakan mangsa boleh melakukan sesuatu adalah salah. Seperti yang disebut di atas, kesan psikologi berlaku disitu yang menyebabkan secara automatik badan akan lemah. Tengok semula babak Bryce rape Hannah, how Hannah react sebenarnya memperlihatkan kepada kita betapa vulnarable nya mangsa ketika itu.
Dan babak bila mereka berbincang untuk tidak mahu memikul tanggungjawab dan ada rasa keberpihakan. Mereka sedang justify kan perbuatan Bryce dan try to put the blame pada Hannah. Like seriously? Tapi ini berlaku pada masyarakat kita. Ask yourself people.
Jessica sendiri in-denial untuk terima hakikat yang dia kena rape dalam keadaan boyfriend dia(Justin) tahu. Justin cuba justify perbuatan Bryce rape Jessica sebab Bryce selalu tolong dia. Justin dari keluarga yang ada masalah. Teman lelaki mak Justin sangat abusive menyebabkan mak dia sendiri tak boleh buat apa apa.
Sebab itu penonton kebanyakkannya salahkan Hannah. Dan fokus kepada perbuatan bunuh diri Hannah tanpa melihat karakter lain yang menyebabkan dia ambil keputusan itu.
Benda ni wujud je dalam masyarakat kita. Betapa masyarakat akan cuba untuk justify perbuatan jahat seseorang dan letakkan salah pada mangsa. Mungkin sebab dia orang terdekat kita(ayah,mak,abang etc) atau kawan rapat atau juga sesorang yang secara luarannya kota lihat mereka ada reputasi dan persona di mata masyarakat.
Tapi ingat, mereka-mereka inilah yang paling berpotensi untuk menjadi pemangsa.
4) Sokongan sosial (social support)
Sebenarnya mesej ni ada di setiap episod. Sebab itu aku secara peribadi merasakan bahawa penulis sebenarnya cuba bawa mesej keadaan sosial kita hari ini. Macam mana kita cuba urus persekitaran kita. Simple things like what you gonna do when someone came to you and say that they're depress?
Kebanyakkan kita,ini aku pasti akan abaikan orang-orang macam ni. Sebab pada mereka semua orang pun ada masalah. Benda ni lah yang penulis nak bagitahu. Hey, how we suppose handle this issue? Mental illness bukan penyakit biasa-biasa, thing like stress, depressed, sleep disorder etc.
Kenapa ramai perempuan berhenti kerja sebab nak jaga anak? Instead of fikir minta majikan potong gaji dan provide childcare terdekat. Berapa ramai perempuan yang terpaksa senyapkan diri bila kes seperti gangguan seksual berlaku di tempat kerja? Instead of buat aduan atau kolektif sesama rakan sekerja cari siapa lagi pernah kena.
Hannah sebenarnya cuba untuk bercakap dan open up apa yang dia rasa. Struggle, stress dan depress yang dihadapi. Sebenarnya dekat Clay yang dia nak bagitahu. Tapi Clay menjauhkan diri ketika itu.
Bila Hannah jumpa Mr.Porter, kauselor sekolah untuk cuba beritahu apa yang di alami. Mr.Porter bukan sahaja tidak membantu malah melakukan victim-blaming.
Ini semua masalah kepada sistem sokongan yang ada di sekeliling kita yang hidup bermasyarakat.
Aku tengah mental breakdown.
- Siakap Keli