Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yang Sulung Masih Belum Dapat Terima Kenyataan, Suasana Pilu Di Hospital Selepas Anak-Anak Ditemukan Jenazah Ibu Dan Ayah

20 Apr 2017
One Comment

Sejak beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan seorang pegawai polis dan isterinya meninggal dunia manakala empat anak mereka cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Mohd. Noor Mat Yaub, 38, yang memandu kereta Toyota Passo bersama isteri, Suriya Abdul Rahman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemergian Allahyarham Mohd Noor dan isteri begitu memberi kesan yang amat besar kepada anak mereka, diceritakan oleh seorang sahabat yang berada di hospital Baling, suasana pilu menyelubungi bila anak-anak mereka yang menatap kali pertama wajah ibu bapa mereka selepas kemalangan terjadi.


Untuk tatapan kita...peristiwa di Hospital Baling semalam yang menyentuh jiwa.

Selesai urusan jenazah kedua2 mangsa di hospital baling dan akan dibawa ke tanah merah kelantan utk dikebumikan. Ketiga2 anak2 yg cedera d bawa ke hospital Sg Petani. Sedih tgk anak2 kehilangan kedua2 ibubapa.. Allah...

Eskot 30 biji kereta ke Kelantan.

Dalam skelip mata..sempat cium anak-anak pagi tadi saja..mak ayah tinggalkan untuk selama lamanya.

Pilu sangat suasana di bilik mayat sewaktu anak-anak dia yang cedera dibawa dengan ambulans untuk tengok ibu ayah sebelum berpisah selamanya.

Tiga buah ambulans parking sebaris dengan dua buah van jenazah PDRM.

Semua yang ada tak kira polis ka cikgu ka, laki pompuan tua muda semua mengais tengok satu demi satu anak diturunkan dari ambulan dan ditolak masuk untuk tengok ibu ayah yang siap dikafan.

Anak yang lelaki darjah 2 menangis paling teruk sebab dia paling manja.

Yang sulung masih belum boleh terima hakikat sangat.

Yang nombor 2 steady jugak walaupun menangis.

Yang nombor 4, cedera paling teruk... Tak mau tengok ibu. Dia cuma usap pipi ayah dia saja.

Katanya rempuh mereka ini isteri kepada pemilik sebuah pasaraya.

Kesian sangat..sekelip mata jadi yatim piatu.

Telah selamat disimpn pada jam 6 lebih semalam dalam 1 liang lahad.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.. Allah takkkan uji diluar kemampuan hambanya... semoga anak2 beliau tabah


Jenazah kedua-dua suami isteri ini telah selamat dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Anak mereka  Muhamad Adib Mustakim,6, dan adik bongsu, Muhamad Adib Mirza, 5, yang tidak terlibat dalam kemalangan berada di bawah jagaan nenek sebelah ibunya.

Sementara tiga beradik lagi masih di hospital dijaga oleh ibu saudara di sana sehingga mereka sihat dan dibenarkan keluar dari wad. - Siakapkeli.my

Sumber: Fitri dan Penang Kini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. harap tiada kes penyalahan serba serbi dan perebutan sesuatu sebagaimana yg berlaku lepas2

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "