Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tolong Jangan Guna Produk Kosmetik Yang Telah Disenaraikan Ini Kerana Isu Campur Palsu Termasuk Racun Berjadual - NPRA

20 Apr 2017
One Comment

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah tampil menasihati orang ramai supaya mengelakkan membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang ada di pasaran tempatan.

Nasihat berkenaan dikeluarkan kerena produk-produk berkenaan telah terbukti mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Berikut adalah produk-produk yang telah dibatalkan Nombor Notifikasi adalah

1.  Moleek Day Cream - merkuri
2. Adel Miracle Flawless Serum - Merkuri
3. Ah Beauty Night Cream - Merkuri
4. NDZ UV Whitening - Hydroquinone
5. Snow Cream Normal - Hydroquinone dan Tretinoin
6. Snow Cream Sensitif -  Hydroquinone dan Tretinoin
7. Dnars Nar Cream, Sensitif - Hydroquinone dan Tretinoin
8.  Ellfie Night Cream - Hydroquinone dan Tretinoin
9. Tati Skincare Night Cream - Merkuri
10. Tati SkincareTreatment Cream -  Hydroquinone dan Tretinoin
11.  Moleek Anti Pigment Cream - Hydroquinone dan Tretinoin

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. - Siakapkeli.my

SUMBER: NPRA

BACA: 11 Bahaya Merkuri Dalam Produk Kosmetik Dan Makanan Terhadap Tubuh Dan Ibu Mengandung

BACA: Doktor Ini Dedah Antara Bahan Kimia Yang Ada Dalam Produk Harian Tidak Boleh Digunakan Oleh Wanita Yang Sedang Hamil
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "