Beirut: Luluh hati seorang ayah apabila anak kembarnya yang baru berusia sembilan bulan telah terkorban dalam serangan kimia di Syria.
Abdel Hameed Alyousef yang dilihat cuba menahan air matanya telah mengusap-belai rambut kedua-dua anak kembarnya itu dan berkata: "Say goodbye, baby, say goodbye" kepada anaknya yang sudah tidak bernyawa.
Anak kembar Abdel Hameed antara 22 antara lebih 80 mangsa yang terkorban dalam serangan kimia berkenaan dianggarkan sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak dan 20 wanita telah terkorban dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, Syria, awal Selasa lalu.
Video diatas adalah situasi Abdel Hameed yang perjalanan ke tanah perkuburan dimana dia telahmeminta sepupunya merakamkan kata-kata perpisahannya kepada anaknya ketika dalam van.
Ketika serangan, Abdel Hameed, 29, berada bersama anak kembar lelaki dan perempunnya itu.
“Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya.
“Mereka mula-mula sedar tetapi 10 minit selepas itu, kami dapat bau (gas itu),” katanya.
Dalam kejadian serangan itu, isterinya telah mengalami cedera parah , dia telah mengejarkan anak-anak dan isterinya terlebih dahulu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum pulang semula untuk menyelamatkan ahli keluarganya yang lain.
Semasa mencari, dia telah menemui mayat dua orang abangnya, tiga anak saudara serta jiran dan kawan.
“Saya tidak dapat menyelamatkan sesiapa. Mereka semua sudah mati,” katanya yang kemudiannya telah dimaklumkan isterinya juga meninggal dunia.
Menurut sepupunya, keadaan Abdel Hameed juga sebenarnya terjejas teruk akibat serangan kimia iut dan dia kini sedang dirawat kerana terdedah kepada toksin.
Menurut seroang saksi, empat roket melanda kawasan itu pada 6.30 pagi Selalsa lalu dan merempuh kawah di darat tetapi menyebabkan kerosakan struktur yang minimum.
"Ketika serangan sayan sedang tidur dan kemuadiannya terkejut selepas terdengar dentuman kuat roket beberapa ratus meter dari rumah."
"Pada mulanya saya hanya nampak asap, saya berlari keluar melihat apa yang terjadi, saya lihat seorang wanita tiba-tiab jatuh ketika berjalan sebelum lantas masuk rumah menutup semua tingkap dan basahkan kain dengan air dan cuka epal untuk menutup muka," ceritanya.
Mereka bernasib baik kerana angin meniup ke arah bertentangan, katanya.
“Kami masih terkejut. Ramai ahli keluarga masih hilang. Kami takut memasuki rumah lain kerana mungkin menemui lagi mayat,” katanya.
Selasa lalu, dia dan ahli keluarga lain mengebumikan jenazah mangsa.
Mengingati semula kejadian itu, seorang lagi ahli keluarga Alyousef, Aya Fadl berkata, dia berlari dari rumahnya sambil mendukung anak lelaki berusia 20 bulan kerana berharap akan selamat daripada gas toxic itu di luar.
Sebaliknya, guru bahasa Inggeris berusia 25 tahun itu terserempak dengan trak pikap membawa mayat mangsa lain, termasuk beberapa ahli keluarga dan pelajarnya.
"Ammar, Aya, Mohammed, Ahmad, saya sayangimu... Mak Cik Sana, Pak Cik Yasser, Abdul-Kareem, dengarlah saya."
“Saya nampak mereka. Mereka semua mati. Semuanya meninggal dunia sekarang,” katanya.
“Suasanya memang dasyat. Semua orang menangis dan sukar bernafas.
“Kami menghadapi pelbagai keadaan susah dan situasi sukar di Syria. Ini pengalaman paling sukar dan memudaratkan yang saya pernah alami,” katanya. - Siakapkeli.my
* Menurut Persatuan Cinta Syria Malaysia, gas yang digunakan adalah gas jenis Sarin, ia bukan senjata biasa dimana ia dikategorikan sebagai Senjata Pemusnah Massa ( Weapon Of Mass Destruction ).
Sumber: The Star dan RT