Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pergaulan Bebas Antara Lelaki & Perempuan Yang Ajnabi Dalam Media Sosial Harus Ada Batasnya, Perlu Ada Adab Antara Kedua-Duanya

6 Apr 2017
No Comment

Menjaga adab antara satu sama lain sudah menjadi salah satu cara kita membawa diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Ianya adalah untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita supaya tidak terjurus kepada perkara yang tidak diingini.

Kita bukan sahaja perlu menjaga adab dari segi pembawaan diri, iaitu cara pemakaian, atau lenggok tubuh badan, apabila bergaul antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, tetapi, cara berkomunikasi juga harus mempunyai adab, lebih-lebih lagi dalam media social.

Menerusi perkongsian dari laman Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan, terdapat beberapa adab berkomunikasi yang perlu diambil kira dalam menjaga ikhtikat antara satu sama lain.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.


KEMPEN | Ikhtilat : Adab Media Sosial

Ikhtilat juga boleh berlaku di alam maya. Boleh dikatakan ikhtilat di alam maya adalah lebih bahaya kerana kedua-duanya berlaku dalam bentuk yang amat terancang, rahsia, tertutup, bebas dan tanpa kawalan sehingga begitu sukar untuk dibendung melainkan dengan kekuatan iman individu itu sendiri atau perasaan takut kepada Allah SWT yang mengatasi segalanya.

Berikut adalah adab berkomunikasi di media sosial:

1. Bincang apa yang perlu sahaja

Semasa berkomunikasi di media sosial,perlulah berbincang perkara yang penting & mustahak sahaja. Elakkan senda gurau & perkataan yang boleh menyakiti mana-mana pihak.

2. Elak hantar gambar yang boleh timbul fitnah 

Elakkan Menghantar gambar yang bercampuran antara lelaki & perempuan bukan mahram yang boleh menimbulkan fitnah bagi menjaga kemaslahatan umum.

3. Kekal pada objektif 'group'  

Dalam perbincangan grup khas seperti Telegram ataupun watssapp, perlulah disertai oleh ketua ataupun wakil bagi memandu objektif penubuhan grup khas itu.

4. Ayat yang tidak terlalu 'mesra' 

Kurangkan menggunakan ayat atau perkataan yang 'mesra' untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak

5. Waktu perbincangan 

Terhadkan waktu perbincangan dalam grup khas bagi memberi ruang kepada semua pihak untuk fokus pada kerja & urusan lain kecuali mempunyai perkara yang penting ataupun mustahak. (waktu perbincangan mengikut kesesuaian setempat)

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "