Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pelayan Restoran Terima Tip RM1,700 Berserta Tajaan RM44,000 Dari Pelanggan Murah Hati

17 Apr 2017

Waikiki, Hawaii - Tip sehingga 200%? Agak mustahil bunyinya. Tetapi seorang pelayan di Hawaii, Cayla Chandara, 22, terkejut apabila menerima $400 (RM1,700) dari satu pasangan pelanggan yang berkunjung minggu lepas di restoran Thailand tempatnya bekerja.

Tapi itu bukan penyudah kepada berita gembira itu. Cayla turut menerima tajaan pembelajaran sebanyak RM44,000.

Menurut Cayla, pada mulanya dia hanya bersembang dengan pasangan tersebut sehingga mereka memasuki topik kewangan Cayla.

Cayla menceritakan tentang bagaimana dia bekerja 80 jam seminggu, masalah pinjaman pelajaran dan masalah kewangannya untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

"Saya beritahu mereka saya berpindah ke sini untuk belajar, tetapi saya terjerut dengan pinjaman, dan saya tidak mampu pergi belajar kerana ketidakmampuan," kata Cayla kepada KHON.

Setelah selesai, pasangan itu membayar bil mereka yang berjumlah $200. Bagaimanapun, Cayla terkejut apabila pasangan itu turut meninggalkan tip berjumlah $400. Disebabkan itu, Cayla mahu mencari pelanggan murah hati itu.

"Saya tak pernah dapat tip sebanyak itu. Saya mesti mengucapkan terima kasih." kata Cayla.

Menurut Cayla, pasangan itu ada menyebut dimana mereka tinggal, jadi Cayla cepat-cepat ke hotel mereka. Bersamanya, Cayla membawa kad terima kasih, sedikit makanan dan bunga. Cayla berfikir itu adalah pengakhiran kepada kisah menakjubkan itu, namun tidak.

Keesokan harinya, dia dikejutkan dengan sesuatu yang lebih besar. Pasangan Australia itu kembali ke restoran sama dan menawarkan tajaan sebanyak $10,000 (RM44,000) untuk membayar hutang pembalajaran Cayla. Pada mulanya, Cayla menolak namun dia terima juga setelah didesak.

Apabila ditanya bagaimana untuk membalas jasa baik, pasangan itu membalas (menerusi mesej), "jadi diri sendiri yang terbaik, mimpikan impian yang besar dan berusaha untuk capai gol kamu."

Cayla, yang bersemangat semula untuk belajar berkata dia bercadang untuk belajar dalam seni liberal dan perniagaan.

"Saya mahu mereka bangga.

"Saya akan ambil peluang ini dengan hati yang terbuka." kata Cayla.

Difahamkan, Cayla mempunyai hutang pembelajaran sebanyak $13,000.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "