Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) KFC Mula Jual Bucket Berganda, Tapi Apa Yang Berganda Sangat Tu? Ini Isi-Isi Di Dalamnya

25 Apr 2017

Kalau anda jarang menonton TV di rumah, anda mungkin terlepas iklan terbaru KFC untuk menu terbaru mereka iaitu Bucket Berganda.

Tapi, apa yang dimaksudkan dengan Bucket Berganda? Menurut video promo terbaru itu, berganda bermaksud keriangan yang digandakan dengan tambahan makanan lazat lain apabila memesan menu ini.

Okay, untuk setiap Bucket Berganda, KFC akan sediakan tiga benda wajib iaitu ayam goreng, KFC Crispy  Tenders dan Smokey BBQ Winders. Pasal ayam goreng KFC, tak payah cerita lagi la kan. Semua tahu bagaimana sedapnya ayam berempah mereka, lagi-lagi kat bahagian kulit tu, slurrpp.

Sekarang ni, kita nak cerita pasal KFC Crispy Tender dan juga Smokey BBQ Winders.

KFC Crispy Tenders
Pernah bayangkan apa akan jadi kalau bahagian isi ayam tanpa tulang yang dipotong dan diperap menggunakan rempah kriuk-kriuk ayam goreng KFC Hot & Spicy. Itulah dia KFC CRISPY TENDERS


Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan KFC Crispy Tenders. Nyum-nyum!!

Tapi KFC Crispy Tenders ini tidak boleh disamakan dengan ayam KFC biasa. Kerangupan KFC Cripsy Tender sangat sedap kalau dicicah dengan sos pencicah berperisa keju kfc yang famous tu! Dan KFC berikan sos keju percuma dalam setiap pembelian Bucket Berganda. Terima kasih KFC!

Untuk setiap gigitan tu pasti dapat rasa kerangupan, kelembutan isi ayam dan kepekatan rasa sos keju.

Smokey BBQ Winders
Lupakan sekejap kelazatan KFC Crispy Tenders, kita beralih kepada Smokey BBQ Winders pula. Smokey BBQ Winders adalah produk kentang KFC yang menggabungkan kepakaran mereka dalam memproses ubi kentang yang dipotong unik berserta dengan kelazatan perisa BBQ . Kelazatan Smokey BBQ Winders bertambah dengan lelehan sos keju KFC. Slurppp..

Setiap gigitan kita akan dapat rasa kerangupan di bahagian luar, dan kelembutan isi ubi kentang di bahagian dalam. Kalau campur dengan sos keju pulak, ummmmphh. Memang berair mulut masa tulis artikel ni.

Smokey BBQ Winders. Kentang BBQ yang sempurna kalau dicicah dengan sos keju.

Berbalik semula kepada Bucket Berganda, KFC ada tiga jenis bucket yang disediakan. Jom kita selami dulu perbezaan dalam setiap bucket.

Bucket A - Sesuai untuk 3-4 orang



Dalam bucket A ni kita ada lima ketul ayam, enam ketul KFC Crispy Tender, Smokey BBQ Winders dan tiga gelas air bikarbonat. Tak lupa juga, kita akan dapat satu sos keju untuk digandingkan dengan Smokey BBQ Winders.

Bucket B - Sesuai untuk 5-6 orang



Kalau nak bagi kenyang satu keluarga kecil, pesan Bucket B ni. Dalam bucket ni, kita akan menikmati sembilan ketul ayam, enam ketul KFC Crispy Tenders, Smokey BBQ Winders, satu sos keju dan satu botol air pepsi 1.5 liter.

Nak bawah bibik makan KFC sekali? Boleh aje. KFC juga ada sediakan Bucket C; bucket yang terbesar dalam siri Bucket Berganda; yang sesuai dimakan untuk 8-9 orang. Tengok butiran kat bawah ni:

Bucket C - Sesuai untuk 8-9 orang


Ayam ada 15 ketul, jadi boleh la cakap kat bibik tu bawa sekali anak-anak dia. Nama pun keriangan berganda, lagi ramai lagi bagus. Kalau tak cukup, order dua. Tak habis boleh tapau.

Selain tu, ada juga 6 ketul KFC Crispy Tender, Smokey BBQ Winders, satu sos keju dan satu botol Pepsi 1.5 liter.

Dah terliur nak makan KFC sekarang? Balik rumah nanti, bawa semua ahli keluarga, atuk nenek dan gandakan keriangan dengan Bucket Berganda. Buat masa ni, tonton dulu video promo Bucket Berganda dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "