Jika salah seorang dari anak-anak mungkin masih boleh ditempuhi, tetapi bagaimana pula sekiranya kesemua anak-anak, iaitu ketiga-tiga mereka telah disahkan dengan masalah seperti di atas.
Inilah yang perlu ditempuhi oleh keluarga ini, yang mana telah diceritakan oleh seorang ibu, iaitu Puan Salwa Mohd Salleh mengenai kisah tiga orang anaknya yang istimewa.
Mari kita salami kisah kecekalan ibu ini.
Dan apa pula akan anda lakukan jika KESEMUA anak anda disahkan memerlukan bantuan khas i.e mempunyai learning disabilities dan layak memiliki kad OKU?
INI CERITA KAMI SEKELUARGA
Kenapa hari ini saya membuat keputusan untuk menulis dengan terbuka? Kerana saya rasa sudah sampai masanya untuk lebih ramai orang bersikap terbuka.
Mari kita mulakan satu persatu mengikut timeline.
Kisah Israa'
Anak bongsu, Israa' kini mencecah 2 tahun 8 bulan. Keluar masuk hospital sejak usia 6 bulan pada tahun 2015 setelah diserang jangkitan paru-paru yang teruk hingga berada di ICU. Tidak terhenti setakat itu, Israa' paling banyak diuji kesihatan. Multiple trigger wheeze (and later asthma), bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, food allergy, allergic rhinitis, speech delay, developmental delay, you name it.
Jika tak warded sekalipun, jadual menziarah hospital setiap bulan memang padat. Hehehe. Hampir kesemua paeds dan staff di ward kenal Israa'. Klinik pakar pun macam hampir semua aje nak dilawat. Menjengah 2 tahun, imun lebih kuat dan sudah jarang admitted.
Kesemua ini ujian besar buat anak kecil ini, tapi dia tetap kanak-kanak yang ceria. Masih belum boleh bercakap buat masa ini (not a single meaningful word) but hey, dah berjaya berjalan! Yeaaay! We are working on his speech and OCT and his case? It's called a GLOBAL DEVELOPMENT DELAY (GDD).
Kisah I'jaaz

Sekarang mari kita bercerita tentang yang di tengah. I'jaaz yang cheeky, banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea/karenah. Sejak usia dia 4 tahun, saya mula dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Antara yang paling selalu, huruf terbalik p, q, j, s dan beberapa lagi.
Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana ini fasa anak sedang develop, confuse dengan sesuatu perkara adalah normal. Dia sudah mula ke taska bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.
Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada sahaja drama. Abangnya pula sudah darjah 1, jadi tiada kawan nk pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun lebih, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka beberapa saat dan beberapa lagi ciri lain.
25 Oktober tahun lalu, kami hantar untuk buat ujian bagi dyslexia di Persatuan DYSLEXIA MALAYSIA kerana usianya telah 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut lansung dengan hasil laporan, kerana memang saya telah lama dapat kesan, I'jaaz memang ada ciri dyslexia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatari kanak-kanak, I'jaaz juga berkemungkinan menghidap ADHD juga. Tak pelah nak. Special sungguh.
Ada 12 pusat dyslexia di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat dengan kami di Putrajaya ni adalah di Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga untuk 2017 terpaksa dirombak serta merta.

Kalau dulu, kami gagahkan juga satu kereta, menghantar anak ke sekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami membeli kereta terpakai bulan Disember kerana ianya sudah bertukar menjadi keperluan mendesak.
I'jaaz sudah 3 bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Tidak lagi rasa tertekan dan rasa rendah diri sebab semua orang sama dengan dia. Nanti saya cerita lebih lanjut.
Kisah Imran

Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak usia 8 bulan dia juga diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan buatkan Emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas Emaknaya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha.
Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 masuk semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis.
Dalam pada hati saya merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it's totally normal for kids especially boys jika tak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.
Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktu saya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata agak grey area tapi let's see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa. Of course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya.

Mengajar Imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It's very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. I've tried everything.
Cut short the story, hujung tahun lepas, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa Imran jumpa Pakar Psikatari Kanak-Kanak di HUKM untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak merisaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.
2 minggu selepas I'jaaz menjalani ujian dyslexia, Imran pula didiagnos awal dengan GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY sama seperti Israa'. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya.

Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech, kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran. Result akan keluar bulan depan dan baru perbincangan akan diteruskan untuk tahu masalah sebenar Imran dan cara untuk bantu Imran dalam pelajaran.
Panjang?
Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.
Paling sukar bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat riak wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It's not even genetic problem!
Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat dengan terbaik bersama suami. Dan mahu saya sebarkan ilmu lebih banyak tentang ini kepada orang awam.
Saya akan terus bercerita mulai saat ini. Dengan hashtag #SalamDyslexia #SalamGDD #EmakGiftedBoys in sya Allah lebih banyak cerita dan info selepas ini.
Doakan kami terus kuat
Doakan kami terus sihat
Doakan kami dapat bawa kebaikan pada keluarga dan semua
Emak,
Yang kekal steady, positive dan strong!
- Siakap Keli
BACA: [Video] Cara Mereka Melihat Dunia Adalah Berbeza, Dampingi & Fahami Penghidap Autism, Untuk Mereka Rasa Diterima Orang Sekeliling

Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak-anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah kecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangisi Why me? Why Me? Saya tidak pernah rasa marah pada Allah.