Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Uruguay Negara Pertama Di Dunia Halalkan Jualan Ganja Secara Terbuka

10 Apr 2017
No Comment

Montevideo: Uruguay dilaporkan bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan membenarkan ganja dijual secara terbuka, lapor BBC.

Menurut pembantu khas presiden, Juan Andres Roballo, berkata undang-undang baru itu membenarkan farmasi di seluruh negara berkenaan menjual ganja mulai Julai ini  selepas tiga tahun proses menghalalkan penjualan dadah berkenaan.

Memetik laporan Reuters, Roballo berkata kerajaan berharap ia dapat menjamin ‘ketulenan' dan kualiti produk berkenaan kerana ganja yang dijual farmasi itu ditanam pihak yang diberi lesen oleh kerajaan.

“Ini bukan bagi mempromosi, tapi bersaing dengan pasaran tidak sah,” katanya.


Dalam undang-undang itu, mereka yang berurus niaga perlulah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan mendaftar dengan kerajaan dan harga yang ditetapkan ialah £1.00 satu gram.

Selain itu mereka yang boleh mendaftar sebagai pembeli ialah rakyat atau penduduk tetap Uruguay dan boleh membeli sehingga 40 gram sebulan di mana sehingga kini  sudah 16 farmasi sudah diberi kebenaran untuk menjual ganja itu.

Di bawah pentadbiran Presiden Mujica, Uruguay menjadi negara pertama membenarkan penanaman (untuk kegunaan sendiri), pengedaran dan penggunaan marijuana pada 2013. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "