Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Meninggal Akibat Jangkitan Virus Di Australia, Adik Tertekan Perlu Cari RM80,000 Untuk Bayar Perubatan Dan Pengebumian

15 Apr 2017
No Comment

Batu Pahat: Keluarga Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, rakyat Malaysia yang meninggal dunia kelmarin akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumian arwah, lapor Harian Metro.

Menurut keluarga allahyarham, Farah Fadilah Mazlan, 30, berkata, sehingga kini mereka hanya berjaya mengutip RM6,640 hasil sumbangan individu prihatin.

Kerana kekangan kewangan, jenazah Mohammad Syahurilnal akan dipindahkan ke sebuah pusat pengurusan mayat Muslim di Preston dalam waktu terdekat untuk proses pengebumian di sana.

Mohammad Syahurilnal telah merantau ke Australia pada 12 Disember 2015 untuk bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria.

“Arwah bekerja selama enam bulan sebagai pengutip buah sebelum berhenti kerana ketiadaan permit kerja. Selepas itu, arwah bekerja sebagai pengutip sewa rumah bagi menampung hidupnya.

“Keluarga arwah mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazahnya di Australia berikutan kekangan kewangan,” katanya.


Menurut beliau lagi, arwah mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu dan ditafsirkan sebagai migrain oleh doktor sebuah klinik di Mildura, 2 April lalu.

“Bagaimanapun, sakitnya tidak reda, malah semakin menjadi-jadi. Adakalanya arwah menangis kerana kesakitan.

“Pada 11 April lalu, saya menerima panggilan daripada ahli keluarganya memaklumkan arwah ditemui tidak sedarkan diri di katil di rumah sewanya sebelum dibawa ke Mildura Base Hospital.

“Pada mulanya doktor tidak dapat mengenal pasti virus yang menyerang Mohammad Syahurilnal dan mereka terpaksa mengambil air tulang belakangnya bagi mengetahui jenis penyakit terbabit.

“Ibunya, Che Sharina Shahid yang berusia 48 tahun enggan membenarkan prosedur itu, tetapi selepas doktor menasihatinya dengan bantuan seorang penterjemah menggunakan panggilan video, baru ibunya bersetuju,” katanya.

Beliau memberitahu yang selepas prosedur itu, pihak Mildura Base Hospital merujuk Mohammad Syahurilnal ke The Northern Hospital.

“Doktor mengatakan virus itu merebak melalui jangkitan komuniti dan arwah tidak dapat diselamatkan kerana virus menyebabkan hampir keseluruhan otaknya mati,” katanya.

Untuk mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke 152023222745 (maybank) atas nama Mohd Syarozi Bin Shahid - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "