Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengalaman Direndam Dalam Kolam Jam 3 Pagi, Terkenang Pengorbanan Anggota Keselamatan Dan Gamit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

23 Apr 2017
One Comment

Kali ini penulis ingin berkongsikan sebuah pengalaman yang benar-benar memberi seribu satu makna kepada diri ini, pengalaman berharga beberapa bulan lalu di sebuah kem motivasi yang diadakan oleh syarikat kami di Lenggeng, Negeri Sembilan, tempat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur, dikelilingi bukit bukau termasuk lokasi hiking terkenal, Bukit Broga yang sungguh sejuk mata memandang.

Melangkah masuk ke pusat dapat dirasakan suasana paginya yang sungguh nyaman, jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota  dan beban kerja yang tidak penah habis, jadi bos kami memang pilih lokasi paling tepat untuk adakan seminar dan teambuilding nak naikkan semangat pekerja dia.

Penulis dan rakan-rakan bergerak masuk ke sebuah ruang berkumpul yang agak luas, pusat ini diberi nama Excel Training & Country Resorts, walaupun namanya gah 'Country Resorts', ia bukanlah tempat percutian mewah, tapi tempat yang penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan mengalahkan taman tema terkenal, memang kalau pekerja dah tengok kurang produktiviti, sesuai bos-bos bawa pekerja datang sini sebab trainer dia memang terbaik.



Pada hari pertama, kami telah menjalani aktiviti berkumpulan iaitu aktiviti berakit, menyelam ke dasar 'swimming pool' mencari botol berisi air, 'flyingfox dan macam-macam lagi yang tidak akan kita dapat di tempat lain.

Kesokannya kami telah mengikuti aktiviti 'Jungle Trekking' sejauh 4 kilometer menjelajah laluan berbukit, memang letih tetapi sangat-sangat berbaloi walaupun letih.

Apa yang berbaloinya? disebalik keletihan mendaki bukit dan hutan tadi sejauh 3 kilometer, rupanya kita akan jumpa sebuah air terjun kecil yang cukup cantik dan dingin airnya.


Kira-kira tengah hari kami semua pulang, maka fikiran berkata, "maka bermulalah aktiviti yang paling membosankan," apa lagi kalau bukan mendengar 'ceramah'.

Selepas makan dan solat Zohor kami terus ke dewan utama, makan dia, memang sedap, yang ni puji menggunung sikit, masak lomak cili api dia, merecik.. memang sedap, lauk-lauk lain pun boleh tahan, satu lagi dikhabarkan kawasan sini kem ni satu-satunya kem yang mementingkan kualiti penyediaan makanan halalan toyyiban sebab pemilik semuanya beragama Islam.

Tinggalkan bab makan, kalau nak cerita kesedapan pasal makan, sampai 4 muka surat pun takkan habis, makan selepas itu bermula sesi ceramah motivasi, rupanya telahan itu menyimpang jauh, ceramah tersebut merupakan antara yang paling best dalam hidup, selalu boringkan?.

Paling seronok dia berjaya buat semangat kita berkobar-kobar, beberapa tabiat buruk yang ada berjaya dibuang (walaupun sekarang ada lakukan balik juga, hahahaha)

"I never believed in it, but maybe tuhan masih mengujiku," untuk berubah terutamanya dalam bab merokok ni perlu masa, "demam cheq oii berhenti mengejut, tapi memang tabik pada penceramah, tak bosan langsung, selit ceramah dengan lawak-lawak dan pengisian rohaniah yang berjaya buat air mata jantanku menitis..hahahaha."

Part yang paling best, ada sesi motivasi yang cukup hebat disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, yang bahasakan dirinya Haji dengan kami, dikhabarkan Excel Training & Country Resorts adalah miliknya bersama dengan rakan-rakan kongsi yang lain, "patutlah power semacam jer tempat ni, tengok kat tv kecik jer orangnya,"

Disamping lawak-lawak dewasa, memang setiap butir yang dia cakap itu ada ilmu, dia pandai baca keperibadian orang, dari nama, tarikh lahir, tulisan, tapak tangan,dan ciri-ciri fizikal lain, walaupun tidak semuanya tepat, tetapi apa yang dicakapnya berdasarkan kajian. (**penulis kongsikan cara-caranya baca keperibadian orang dibawah sekali, nanti panjang sangat korang boring pulak)


Lepas habis sesi ceramah, katanya ada lagi 'aktiviti malam', tapi kami disuruh pulang ke dorm, tengah sedap tidur, tiba-tiba ada orang ketuk pintu kira-kira jam 3 pagi, kami diarahkan berkumpul di berhampiran kolam mandi.

Kami diarahkan untuk masuk ke dalam kolam jam 3 pagi, ''pukul 3 pagi masuk kolam?'' tapi sapa yang tahan paling lama akan dapat hadiah dah point, sapa yang tak nak masuk pun boleh, aktiviti ini bukan paksaan, sebab ada juga kakitangan syarikat aku yang berumur 40-an, tapi semua turun dengan rela hati.

Semasa berendam dalam kolam, teringat aku kisah zaman kanak-kanak dulu, pernah kena 'rendam' dalam lumpur dengan ayah sebab mandi sungai, (ayah risau anak dia lemas).

Selain itu dapat merasai sedikit pengorbanan abang kakak anggota keselamatan kita yang latihan mereka berendam dalam air paya, ada lintah, dan bermacam-macam lagi, bezanya kami dalam kolam mandi, mereka dalam paya yang tak tahu ada apa di dalamnya. "Jadi, hargailah jasa pengorbanan mereka."

Berendam dalam kolam ni, seorang demi seorang mengalah, sebab sejuk, penulis cuba untuk kuatkan diri, tapi akhirnya mengalah juga, orang lain yang menang.


Video bawah adalah kolam yang kami kena rendam, tak ada gambar, 


Keesokannya, aktivit yang ditunggu-tunggu, aktiviti Paintball dan 'safari hunt', ''apa lagi, maka abang pun bermulah aktiviti menembak orang, ramai 'mati' ditangan abang..hahahah."



Selepas itu, aktiviti 'safari hunt', kami diajar cara berburu dalam hutan, yang best, boleh belajar guna sumpit maca orang asli, diajar cara untuk survival di dalam hutan terutamanya kalau tersesat seorang diri dalam hutan, termasuk buat jerat binatang.

"Ilmu yang memang susah abang nak dapat di luar, amat berharga,"

Maka, itulah aktiviti terakhir kami sebelum pulang, sebuah pengalaman yang amat bermakna dan tidak akan dilupakan, terima kasih bos sebab bawa kami ke sini.

Penulis kongsikan gambar-gambar apa yang best di sini, (ambil dari fb Excel Training & Country Resorts jer)

FB: Excel Training & Country Resorts
website: Excel Training & Country Resorts
Lokasi: MAP 































Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Adakah anda sedang mencari syarikat pinjaman peribadi yang berwibawa dan bertauliah yang memberikan pinjaman kepada peluang seumur hidup. Adakah anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Mencari lagi kerana kami berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Tiada nombor keselamatan sosial yang diperlukan dan tidak ada pemeriksaan kredit yang diperlukan, 100% dijamin. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan kami akan senang untuk menawarkan anda pinjaman.
    Supaya e-mel kami hari ini di: (euchariadanielloanfirm@gmail.com) untuk memohon sekarang untuk pinjaman.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "