Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Loffatah' Dominasi Anugerah Meletop Era 2017

24 Apr 2017


23 April - Loffatah atau Neelofa dan Fattah Amin mendominasi Anugerah Meletop Era 2017 apabila mereka bukan sahaja mengungguli kategori utama anugerah terbabit iaitu Anugerah Top Top Meletop Lelaki dan Wanita, malah turut membawa pulang trofi Drama MeleTop.

Selain itu, Fattah Amin juga membawa pulang trofi Bintang Online Meletop di samping satu lagi kemenangan menerusi Fesyen Meletop.

Neelofa juga cemerlang apabila rancangan TV yang dihoskannya, Taste Selebriti, dipilih selaku Program Meletop.

Khai Bahar pula memenangi kategori Artis Baharu Meletop; Johan memenangi Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop, dan Johara Pagi Era pula memenangi Program Radio Meletop.

Turut memenangi trofi AME2017 ialah Akim Ahmad dan Stacy Anam (Couple Meletop); Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir (Duo Meletop); Siti Nordiana (Penyanyi Meletop); Ayda Jebat (Lagu Meletop); Munafik (Filem Meletop) dan Fasha Sandha (Bintang Filem Meletop).

AME2017 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan diacarakan oleh Neelofa, Nabil Ahmad serta Johan Yazid.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "