Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nama Pelakon Jelita Neelofa Antara 11 Rakyat Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 30 2017

14 Apr 2017
No Comment

Nama pelakon jelita Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, lapor Sinar Harian.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, yang merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang dalam majalah Forbes berkenaan.

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini di dan namanya tersenarai selepas menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Neelofar Hijab".

Selain Neelofa, ada 10 orang lagi rakyat Malaysia berada dalam senarai berkenaan mengikut kategori iaitu Edmund Ooi, 29 – Pereka Fesyen, Victor Chua, 29 – Timbalan Presiden Gobi Partners, Chee Hau Goh, 28 – Pengasas Bersama The Lorry, Nadhir Ashafiq Zainal Abidin, 29 – Pengasas Bersama The Lorry, Mohd Yazrie Mohd Shuki, 28 – Pengasas YAZ Ventures Sdn Bhd, Jan Wong, 30 – Pengasas OpenMinds Resources, Sasha Tan, 26 – Pengasas Favful, Vivy Yusof, 29 – Pengasas Bersama Fashion Valet, Mohd Lutfi Fadil Lokman, 29 – Pengasas Bersama Hospitals Beyond Boundaries, dan Jazz Tan Yee Mei, 27 – Pengasas Bersama YToday Sdn Bhd


Selain Runcit dan E-dagang yang diceburi oleh Neelofa, kategori lain ialah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.

"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "