Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Gelagat Isteri 'Siku' Tangan Trump Kerana Tidak Letak Tangan Didada Ketika Lagu Kebangsaan Jadi Bahan Lawak Netizen

19 Apr 2017
No Comment

Sejak beberapa hari lalu telah tular sebuah video yang menujukkan gelagat Melinia yang menyiku suaminya yang juga merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika sebuah acara pada Isnin lepas.

Memetik laporan NBC News. gelagat Melinia menyiku Trump berkenaan dirakam oleh jurukamera ketika acara Easter Egg Roll sewaktu lagu kebangsaan AS dinyanyikan di mana kebiasaanya setiap orang rakyat rakyat AS akan meletakkan tangan kanan mereka ke dada ketika lagu dinyanyikan.

Ketika kejadian, lagu kebangsaan telah dimainkan, namun Trump dilihat bersahaja di samping isteri dan anaknya yang meletakkan tangan mereka ke bahagian dada masing-masing.

Menyedari keadaan berkenaan, dia telah menyiku suaminya yang segera meletakkan tangan kanannya ke tempat yang sepatutnya.


Rata-rata netizen telah mengambil kesempatan video berkenaan sebagai bahan lawak.

"Bersedialah untuk Trump untuk dicop sebagai 'unamerican' seperti Obama kerena tidak letak tangan di dada ketika nyanyikan lagu kebangsaan," tulis Ben Taylor.

"Seorang budak immigrant berusia 11 tahun pun tahu bagaimana untuk hormat lagu kebangsaan, tapi Trump pula lupa untuk hormat lagu kebangsaan," kata Josh Quinn.

"Dia(Melinia) kelihatan agak tegas ketika mengingatkan Trump, saya rasa Puan Trump boleh ambil alih presiden kerana dia lebih serius dengan apa yang dia lakukan setiap masa," tulis Kathy Hutchinson. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "