Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Mereka Yang Gemar Bergambar, ‘Sky Mirror’ Antara Destinasi Baru Yang Harus Menjadi Pilihan & Tidak Dilepaskan

28 Apr 2017
No Comment

Selalunya kalau cerita bab keindahan, atau kecantikan satu-satu tempat, kita pasti akan bercerita mengenai negara luar, yang mana kebanyaknnya disebabkan oleh 4 musim negara tersebut.

Di negara kita sendiri, sebenarnya ada sahaja tempat menraik, cantik, dan sangat sesuai buat mereka yang gemar bergambar, lebih-lebih lagi ia memberi kelainan dengan kreativiti yang dipamerkan.

Bagi saudara Arif Azhar, yang mana berkongsi akan keindahan satu tempat di Kuala Selangor, ia cukup menggambarkan masih ada lagi tempat-tempat indah di Malaysia, yang kita harus jelajah terlebih dahulu.

Jom kita baca, tips, juga gambar-gambar yang dikongsikannya.


Sky Mirror, Kuala Selangor

Tak habis fikir, ada tempat secantik macam ni di Malaysia.

Mungkin ada yang kata gambar ni edit atau gambar original di Salar de Uyuni, Bolivia, tapi tidak! Sebab semua gambar ni di Sky Mirror Kuala Selangor, orang Kuala kena bangga! Haha

Abang nak share tips ke Sky Mirror, jemput baca dan share untuk bercuti ke Syurga tersembunyi ni!

Tapi nak cerita sikit, Sky Mirror adalah tempat pelancongan yang baru ditemui di Kuala Selangor, so tak peliklah kalau korang baru tahu.

Untuk maklumat, Sky Mirror Kuala Selangor hanya boleh dikunjungi 6 hari setiap bulan Lunar Cina, bukan hari-hari ye!

Bagi aku, Sky Mirror ni satu tempat yang ajaib! Sebab ianya di tengah laut dan bukan pulau kerana bila air pasang, tempat tersebut akan ditenggelami air setinggi 6 meter (tinggi syiling rumah 2 tingkat) kapal besar pun boleh lalu.

Bila air surut, barulah jadi seperti pulau buatan, disebabkan ada air bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya "sky mirror" pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas lantai cermin, pemandangannya terlalu cantik "Subhanallah"


Cukuplah cerita pendek mengenai keajaiban Sky Mirror, ni tips yang aku nak share.

1- Tak perlu terbang ke Bolivia, cuma perlu drive sejam dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor. (Tujuan - jambatan Sungai Buloh Sasaran)

2- Perjalanan dari Sasaran menaiki bot ke "Sky Mirror" mengambil masa 30 minit, pastikan korang menepati masa. Andai kata bot gerak pukul 8 pagi, korang kena ada dekat sana pukul 7:30. Kalau korang lambat, bot terpaksa tinggalkan korang kerana faktor air surut.

3- Semasa menaiki bot menuju ke "sky mirror" kalau beruntung, korang akan dapat tengok ikan Dolphin, aku termasuk orang yang beruntung sebab dapat tengok ikan Dolphin melompat-lompat, terpengun ada ikan Dolphin dekat laut Kuala Selangor sampai aku terlupa nak tangkap gambar... hehe

4- Di Sky Mirror, korang ada masa 1-2 jam untuk bergambar sampai puas. Di sana akan ada orang yang tolong korang untuk tangkap gambar, cuma pakai handphone dan camera sendiri.

5- Tips untuk bergambar, utamakan bayang-banyang! Pakai baju cerah dan warna-warni supaya ada kontra color di shadow nanti. Jangan pakai baju gelap ye bang, kalau boleh pakai seluar paras betis atau seluar pendek dan tak perlu pakai kasut.

Gunakan aksesori yang disediakan seperti payung, kipas dan lain-lain sebaik mungkin untuk mendapatkan gambar yang unik, just be kreatif.

6- Selesai di Sky Mirror, korang akan di bawa ke Pulau Angsa. Di pulau ni takda apa, cuma singgah untuk tunggu air pasang dan isi perut, sambil makan, boleh lah tengok-tengok sudut yang cantik untuk bergambar.

7- Balik ke Sasaran, bermacam-macam jenis burung memegang kain rentang yang bertulis "Selamat jalan dan berjumpa lagi." Haha (bergurau)


Bila tengok gambar di Sky Mirror, aku macam tak percaya. Seriuosly tempat tu sangat cantik dan unik, uollssss must visit guys.

Pergilah lah sebelum orang dah ramai pergi, boleh set jadual bercuti dah.

Oh ya! Lupa nak bagitau, macam mana urusan nak ke Sky Mirror?

Korang boleh contact atau whatsapp Uncle Ah Huat atau Calvin, aku pergi Sky Mirror dengan dorang. Bapak dengan anak, dua-dua bagus. Si Calvin banyak bagi idea untuk tangkap gambar yang ohsem! Dan dia sanggup baring sampai pakaiannya basah untuk snap gambar aku.

Kalau nak pergi, Whatsapp je dorang terus, cakap kawan "Arippp" nanti dapatlah layanan istimewa, hehe.

019-277 7570 - Ah Huat
012-559 7570 - Calvin

Itulah 7 tips dari aku yang dah ke sana, aku harap perkongsian ni dapat membantu korang untuk ke Sky Mirror Kuala Selangor.

Selamat bercuti ke Sky Mirror.

Ini antara koleksi gambar yang diambil di Sky Mirror, 'awesome' sangat!






Tapi, jika anda bercadang untuk ke sana, diharap tidak lupa untuk menjaga keindahan, atau kebersihan tempat yang dilawati. Biar pun seramai mana yang menjejakkan kaki ke sana, faktor kebersihan tidak harus dilupakan, agar masih dapat mengekalkan faktor semula jadi di sana. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "