Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Petani Cacat Tanpa Kaki Jaga Keluarga Selama 40 Tahun Buat Netizen Terinspirasi

28 Apr 2017


Biarpun tidak berkaki, Xi Tiagen yang berumur 60 tahun menerima penghormatan dari netizen China kerana berjaya menjaga keluarganya selama 40 tahun.

Selepas kehilangan kedua kakinya di dalam satu kemalangan ketika dia berusia 19 tahun, Xi mula menggunakan tangannya sebaik mungkin untuk mengusahakan ladang keluarga di wilayah Henan.



Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit sukar buat Xi apabila bapanya meninggal dunia pada 1986. Ketika itu, Xi menjadi tiang keluarga untuk menjaga ibu dan adiknya yang kurang siuman.

Selain melakukan kerja tani, Xi juga membasuh dan memasak makanan untuk keluarga.



Xi meneruskan usaha menjaga kedua ahli keluarganya itu sehingga ibunya meninggal pada 2006, diikuti dengan adiknya pada 2015. Selepas itu, Xi berpindah ke rumah sepupunya.

Bagaimanapun, Xi berkeras tidak mahu duduk bersahaja. Dia terus bekerja membantu kerja di kebun.

Kerana terlalu banyak menggunakan tenaga tangannya, jari Xi telah menjadi telah menjadi keras.

Selepas kisah Xi menjadi viral, penduduk tempatan mula menyumbangkan wang kepada Xi.




Sumber: shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "