Untuk memenuhi semua itu, mungkin ada ibu bapa yang merancang untuk membeli rumah dan meletakkan nama anak, pada geran rumah tersebut.
Namun, adakah ianya dibolehkan sekiranya anak-anak belum cukup umur lagi? Menerusi perkongsian dari seorang peguam hartanah, iaitu saudara Salkukhairi Abd Sukor, telah dijelaskan akan persoalan ini dengan lebih teliti. Mari kita ikuti penjelasan darinya.
Saya pernah ditanya oleh seseorang soalan seperti berikut:
"Saya bercadang untuk beli sebuah rumah untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Boleh kah saya terus letak nama anak saya dalam geran rumah tersebut?"
Jawapan saya :
1. Secara prinsipnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak mempunyai kelayakan dari segi undang-undang untuk memasuki sebarang kontrak atas kapasiti dirinya sendiri, termasuklah kontrak jual beli hartanah.
2. Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak tersebut boleh memasuki kontrak jual beli hartanah bagi pihak anak mereka di bawah umur, di mana dalam keadaan tersebut ibu bapa atau penjaga kepada anak tersebut hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
3. Di dalam perjanjian jual beli dan geran hartanah tersebut kelak akan ditulis nama ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut sebagai pemegang amanah.
4. Kebiasaannya disamping perjanjian jual beli, satu suratcara ikatan amanah akan disediakan untuk merekodkan ikatan amanah tersebut, di mana surat ikatan amanah itu akan didaftarkan di pejabat tanah.
5. Demi melindungi hak dan kepentingan anak tersebut sehingga beliau mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak itu boleh memohon supaya kaveat amanah dimasukkan oleh pentadbir tanah ke atas hartanah tersebut.
6. Setelah anak tersebut mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah tadi, selaku pemegang amanah akan memindahmilikkan hartanah itu kepada nama si anak sebagai pemilik berdaftar yang sah.
7. Sebelum pindahmilik didaftarkan kepada nama si anak, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada pentadbir tanah agar kaveat amanah yang telah dimasukkan sebelum ini dibatalkan.
8. Sebaik-baiknya segala urusan yang dinyatakan di atas dilakukan oleh peguam yang dilantik oleh pembeli.
9. Setelah pindahmilik dibuat kepada nama si anak, kini hartanah tersebut sah menjadi milik si anak sepenuhnya.
Tambahan:
10. Sekiranya pemegang amanah telah meninggal dunia, Pemegang amanah ganti akan dilantik. Harta tetap kekal sebagai hak dan kepentingan si anak sehinggalah si anak capai umur 18 tahun dan pindah milik dibuat kepada nama si anak.
11. Selagi belum dipindahmilik kepada nama si anak, dalam geran nama pemegang amanah.
12. Tiada isu faraid pada harta jika pemegang amanah meninggal. Pejabat pusaka kecil akan lantik pemegang amanah ganti.
13. Tiada masalah dengan kaveat. Kaveat masih kekal macam biasa. Yang membatalkan kaveat amanah adalah pentadbir tanah, bukan pemegang amanah.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden HartaGuam
- Siakap Keli