Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beberapa Perkara Ini Boleh Kita Lakukan Dalam Mempersiapkan Diri Bagi Menghampiri Bulan Ramadhan Yang Bakal Kunjung Tidak Lama Lagi

5 Apr 2017
No Comment

Sedar tak sedar kita sebenarnya semakin menghampiri bulan Ramadhan, yang akan tiba kurang dari 2 bulan lagi, iaitu di penghujung bulan Mei.

Semakin menghampiri bulan yang mulia ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kita mula melatih diri, sedikit demi sedikit dalam mempersiapkan tubuh juga diri untuk menghadapi puasa kelak.

Mungkin terdapat cara yang boleh kita amalkan, atau praktikkan, dan menurut saudara Muhammad Ahmad ini, beberapa cara ini boleh kita mulakan sedari hari ini untuk kekal istiqamah setelah masuk bulan Ramadhan nanti.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Persiapan RAMADHAN

* Kurangkan makan disiang hari@puasa. 
* Solat awal waktu
* Berhenti bercakap tentang kelemahan orang, kelemahan group, page, produk orang lain @ berhenti dari mengumpat. (Cerita keburukan yang benar, itu pun dikira mengumpat).

* DELETE semua gambar tidak menutup aurat. 
* PADAM semua status negatif.
* Sibukkan diri dengan Al-Quran, zikir, solat-solat sunat. 
* Khidmat kepada pasangan dan ahli keluarga. 
* Atur marketing dan pengurusan perniagaan dengan baik.


Niat dan azam dari sekarang untuk lebih baik dari ramadhan sebelum ini. moga RAMADHAN tahun ini asbab hubungan kita dengan Allah makin kukuh, hubungan kita dengan RASUL makin jelas. Hubungan kita dengan PASANGAN semakin bertambah sayang. Hubungan kita dengan keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan semakin akrab.

"Ya Allah perlihatkanlah kebaikan ummat ini kepada saya, tutuplah keaiban saya dari ummat ini"

-EncikMaD-

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "