Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi 8 Bulan Miliki Berat 17 KG Selepas Tiba-Tiba Berselera Makan Seperti Budak Berumur 10 Tahun

14 Apr 2017

Punjab - Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan membuatkan doktor tertanya-tanya apabila mencapai berat 17kg - bersamaan berat normal bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun.

Chahat Kumar, mempunyai selera makan seperti kanak-kanak berusia 10 tahun dan berat badannya mula naik secara berlebihan ketika berusia empat bulan.

Bagaimanapun, berat Chahat adalah normal ketika dilahirkan.

Tabiat pemakanan Chahat itu menyebabkan doktor keliru dan kini Chahat bergelut dengan kesukaran bernafas dan sering tidur akibat obesiti.

Bapa, Suraj Kumar, 23, berkata Chahat dilahirkan dengan berat yang normal.

"Beratnya bertambah hari ke hari.

"Ini bukan silap kami. Tuhan yang memberikan keadaannya seperti itu. Kuasa bukan ditangannya. Saya berasa teruk apabila ada yang mentertawakannya kerana gemuk," katanya dipetik MailOnline.

Ibu Chahat, Reena, 21, turut menyatakan kerisauannya terhadap kesihatan anak perempuannya itu.

"Sebelum Chahat, saya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal dunia sebelum melahirkan Chahat. Saya sangat risau akan kesihatannya.

"Dia tidak makan seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia sentiasa mahu makan dan jika tidak diberi makan kepadanya, dia akan menagis," katanya.

Doktor yang merawat Chahat, Vasudev Sharma, mengesahkan masalah kegemukan itu menyukarkan mereka untuk mengambil sampel darah untuk tujuan ujian.

"Ini adalah kes pertama yang saya lihat dimana berat badan kanak-kanak itu meningkat empat hingga lima bulan selepas dilahirkan.

"Ujian darah tidak dapat dijalankan kerana lemak yang banyak pada badannya dan menyebabkan ujian darah tidak dapat dilakukan dengan betul," katanya.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "